Monday 30 March 2020

HASIL & BELANJA

Assalamualaikum semuaa.. selamat petang.. sllu I update pagi je kn? Hrini I nk update ptg smbil2 mkn biskut hupseng cicah milo.. haaa😋.. uolls yg tgh relaks2 time2 pkp ni meh la bce perkongsian I.. smbil2 tu boleh tmbah ilmu.. heheheeheh..

Sooo hri ni I nk kongsikan tentang belanja dan hasil.. I yakin smue org tau bhwa belanja tu duit keluar kita dan hasil tu duit masuk kita kn?? tapi hrini I nk cerita tentang belanja dan hasil dengan lebih detail dan setiap satu nya terdapat 2 jenis perbezaan.. Stay tuneddd!!


HASIL
  •       Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh daripada aktiviti jualan barang niaga atau perkhidmatan yang diberikan.


HASIL KENDALIAN
HASIL BUKAN KENDALIAN
Pendapatan yang diterima secara langsung daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan.
Pendapatan yang diterima secara tidak langsung/ tidak berkaitan daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan
Contoh:-
>Firma perakaunan – hasil daripada perkhidmatan yang diberi,
>Kedai jam – hasil diperoleh daripada hasil jualan jam
Contoh :-
Sewa diterima, faedah atas simpanan bank, dividen pelaburan, untung pelupusan atas asset bukan semasa, dan lain-lain.



BELANJA
  •         Wang yang dibayar atau akan dibayar oleh sesebuah perniagaan.
  •          Kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan untuk mendapatkan hasil.


BELANJA KENDALIAN
BELANJA BUKAN KENDALIAN
Belanja yang terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian.
Belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam operasi urus naga harian.
Contoh :-
Sewa kedai, gaji pekerja, promosi, insurans, alat tulis dan sebagainya.
Contoh :-
Belanja faedah pinjaman bank, rugi daripada risiko banjir, kerosakan, kecurian dan sebagainya.


Haaa tu jee.. dh boleh beza dh skrg kn? msti slame ni igt smue sama je.. huuuhuhuhhu.. ok la I gerak dlu.. Byee!👋

Sunday 29 March 2020

DOKUMEN BUKAN KEWANGAN

Assalamualaikum guysss!! haaa hrini I nak throwback skitt.. haritu pada 19 march I ade ceritakan tentang 3 kategori dokumen perniagaan kan??.. Seperti yang uolls tau antara kategori tersebut ialah dokumen kewangan, dokumen bukan kewangan dan dokumen sokongan.. And pada 20 january I dh ade ceritakan detail tentang dokumen kewangan.. So hrini I rasa I nak cerita tentang dokumen bukan kewangan. Stay Tuned!!

So antara jenis dokumen bukan kewangan ialah :-

a) Sebut harga

  • Dokumen yang memberi senarai harga barang-barang yang dipesan oleh pembeli.
  • Sebut harga merupakan dokumen yang dihantar oleh pembekal kepada pembeli.
b) Pesanan Belian
  • Merupakan pesanan dari pembeli untuk membeli barangan dari pembekal.
  • Maklumat dalam arahan beluan ialah :-
          - Nama barangan yang hendak dibeli
          - Kod barangan
          - Kuantiti
          - Harga seunit
          - Maklumat pihak yang membuat pesanan

c) Nota Serahan
  • Nota serahan merupakan dokumen pengesahan barangan yang telah dikirimkan oleh pembekal seperti yang dikehendaki dengan betul dan selamat.
  • Pembeli perlu menandatangani nota serahan sebagai akuan penerimaan barangan yang telah dikirimkan.

Okay itu sahaja untuk hari ini.. byeee😉

Thursday 26 March 2020

Apa Itu Inventori?

Assalamualaikum guyss!! Salam jumaat semua.. Okay hrini I nak cerita tentang inventori.


  • Inventori atau stok merupakan satu aspek dalam pengurusan perniagaan. Pengurusan inventori yang cekap dapat meningkatkan keuntungan sesebuah perniagaan.

Apa itu inventori??

  1. Inventori bermaksud barang niaga yang dimiliki dengan tujuan untuk dijual atau bahan mentah yang digunakan untuk diproses menjadi sesuatu produk.
  2. Pada setiap akhir tempoh perakaunan, inventori akan dinilai untuk mengira kos jualan dan untung kasar perniagaan.
  3. Contoh inventori bagi perniagaan yang menjual barangan dan perniagaan perkilangan adalah seperti berikut :-







Haaa mcm mne dgn perkongsian hrini? dpt dh ilmu tentang inventori? heheeheh.. ok la itu sahaja untuk hrini.. byeeee!!

Btw I nk pesan supaya uolls stay safe, cuci tgn selalu n jgn kerap keluar rumah tau!! Sayangi diri anda.. 💓 #Stayathome

EKUITI PEMILIK


HALU CHINGU!
Kalau uols naktau chingu tu dalam bahasa korea maksud dia kawan! HAHAHA harini I bukan nak ajar bahasa korea ye tapi nak sambung share lagi antara salah satu akaun-akaun utama atau akaun induk iaitu ekuiti pemilik..


Ekuiti Pemilik
- merupakan hutang pihak perniagaan kepada pemiliknya.  


Ekuiti pemilik bagi sesebuah perniagaan terdiri daripada :

  •  Modal - disumbangkan oleh pemilik perniagaan kedalam perniagaan samada dalam bentuk pelaburan permulaan atau pelaburan tambahan.
  •  Untung bersih -  yang diperoleh oleh perniagaan akan ditambah dengan modal awal. Jika perniagaan memperoleh rugi bersih, maka rugi bersih akan ditolak daripada modal awal.
  • Ambilan - oleh pemilik akan ditolak dengan modal awal kerana ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik.



Wednesday 25 March 2020

LIABILITI PERNIAGAAN

Hai semuaa! 😎
Seperti yang dijanjikan pada pos yang lepas, eheh pos kalini I nak kena share pasal liabiliti kan huwuwuuu jadi apatu maksud liabiliti gais? ðŸ˜±

OK liabiliti ni merupakan tanggungan atau hutang pihak perniagaan kepada pihak luar.
Liabiliti perniagaan ni jugak sama macam aset jugak tau yang mana boleh dikelaskan kepada 2 jenis iaitu liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa.

Macam mana nak bezakan 2 jenis liabiliti perniagaan ni? HAA macam biasa I dah ringkaskan maksud sekali contoh lagi kepada uols sekalian, tinggal uols untuk baca je hee..

LIABILITI
SEMASA
-          Hutang perniagaan yang perlu dibayar balik dalam jangka masa pendek biasanya satu tempoh perakaunan.
BUKAN SEMASA
-          Hutang perniagan yang perlu dibayar balik dalam jangka masa panjang iaitu lebih daripada setahun.
CONTOH : Pemiutang, overdraf, belanja terakru, hasil terdahulu
CONTOH : Pinjaman jangka panjang, gadai janji

Haa jadi itulah perkongsian pada pos kalini ye yob.. Adios!

Tuesday 24 March 2020

APA ITU ASET PERNIAGAAN?

Kalau semalam I pos tentang belanja dan hasil, harini I nak share tentang aset pulak! 😄 Haa biasakan dengar ore duk bincang pasal aset.. Tapi apa korang faham dengan aset perniagaan? Uols taukah yang aset perniagaan ni boleh dikelaskan kepada dua jenis? Haa feel free to read OK! 😊 

Apa itu aset?
➤ Ia merupakan harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dan digunakan untuk menjalankan perniagaan.

Dua jenis aset perniagaan :
(a) Aset semasa 
     ➨ Harta yang boleh ditukarkan kedalam bentuk tunai dalam jangka pendek (kurang setahun).
(b) Aset bukan semasa
     ➨ Harta yang tahan lama yang dibeli untuk membantu menjalankan perniagaan.

Kat bawah ni contoh aset semasa dan aset bukan semasa, which is I rasa dapat membantu uols untuk faham maksud di atas ehehe 😋

ASET
SEMASA
BUKAN SEMASA
-          Penghutang
-          Tunai di tangan
-          Tunai di bank
-          Stok barang niaga
-          Belanja terdahulu
-          Hasil terakru
-          Tanah
-          Premis
-          Kenderaan
-          Mesin
-          Jentera
-          Lengkapan

OK tu je kisahnya tentang aset huhuh nanti I share tentang liabiliti pulak untuk next pos ya! 😇

Monday 23 March 2020

Hasil dan Belanja


Assalamualaikum semua! 😇
Dalam perniagaan mesti terlibat dengan hasil dengan belanja kan. Tapi ramai yang taktau hasil dan belanja ni juga terbahagi kepada 2 iaitu kendalian dan bukan kendalian. So, pos harini I nak cerita lebih mendalam tentang belanja dan hasil. I siap buat dalam bentuk rajah dan ringkasan untuk uols mudah baca dan hadam ehehe enjoy! 😉


Hasil
Belanja

Wang yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada satu tarikh yang akan datang.
Kos yang ditanggung dalam proses memperoleh hasil sama ada yang telah dibayar atau yang akan dibayar.

Kendalian
Bukan Kendalian

Kendalian
Bukan Kendalian
Hasil yang diperoleh daripada aktiviti utama perniagaan.


Contoh:
- Hasil jualan barang niaga
- Hasil perkhidmatan
Hasil yang diperoleh daripada aktiviti yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan.

Contoh:
- Dividen diterima
- Komisen diterima
- Sewa diterima
- Untung atas pelupusan aset bukan semasa

Belanja yang terlibat secara langsung dalam aktiviti utama perniagaan.

Contoh:
- Sewa
- Gaji
- Promosi
- Belanja am
- Belanja angkutan
- Susutnilai
- Hutang lapuk

Belanja yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan.


Contoh:
- Rugi atas pelupusan aset bukan semasa
- Kerugian akibat bencana alam seperti banjir