Monday 23 March 2020

Hasil dan Belanja


Assalamualaikum semua! 😇
Dalam perniagaan mesti terlibat dengan hasil dengan belanja kan. Tapi ramai yang taktau hasil dan belanja ni juga terbahagi kepada 2 iaitu kendalian dan bukan kendalian. So, pos harini I nak cerita lebih mendalam tentang belanja dan hasil. I siap buat dalam bentuk rajah dan ringkasan untuk uols mudah baca dan hadam ehehe enjoy! 😉


Hasil
Belanja

Wang yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada satu tarikh yang akan datang.
Kos yang ditanggung dalam proses memperoleh hasil sama ada yang telah dibayar atau yang akan dibayar.

Kendalian
Bukan Kendalian

Kendalian
Bukan Kendalian
Hasil yang diperoleh daripada aktiviti utama perniagaan.


Contoh:
- Hasil jualan barang niaga
- Hasil perkhidmatan
Hasil yang diperoleh daripada aktiviti yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan.

Contoh:
- Dividen diterima
- Komisen diterima
- Sewa diterima
- Untung atas pelupusan aset bukan semasa

Belanja yang terlibat secara langsung dalam aktiviti utama perniagaan.

Contoh:
- Sewa
- Gaji
- Promosi
- Belanja am
- Belanja angkutan
- Susutnilai
- Hutang lapuk

Belanja yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan.


Contoh:
- Rugi atas pelupusan aset bukan semasa
- Kerugian akibat bencana alam seperti banjir


No comments:

Post a Comment