Sunday 29 March 2020

DOKUMEN BUKAN KEWANGAN

Assalamualaikum guysss!! haaa hrini I nak throwback skitt.. haritu pada 19 march I ade ceritakan tentang 3 kategori dokumen perniagaan kan??.. Seperti yang uolls tau antara kategori tersebut ialah dokumen kewangan, dokumen bukan kewangan dan dokumen sokongan.. And pada 20 january I dh ade ceritakan detail tentang dokumen kewangan.. So hrini I rasa I nak cerita tentang dokumen bukan kewangan. Stay Tuned!!

So antara jenis dokumen bukan kewangan ialah :-

a) Sebut harga

  • Dokumen yang memberi senarai harga barang-barang yang dipesan oleh pembeli.
  • Sebut harga merupakan dokumen yang dihantar oleh pembekal kepada pembeli.
b) Pesanan Belian
  • Merupakan pesanan dari pembeli untuk membeli barangan dari pembekal.
  • Maklumat dalam arahan beluan ialah :-
          - Nama barangan yang hendak dibeli
          - Kod barangan
          - Kuantiti
          - Harga seunit
          - Maklumat pihak yang membuat pesanan

c) Nota Serahan
  • Nota serahan merupakan dokumen pengesahan barangan yang telah dikirimkan oleh pembekal seperti yang dikehendaki dengan betul dan selamat.
  • Pembeli perlu menandatangani nota serahan sebagai akuan penerimaan barangan yang telah dikirimkan.

Okay itu sahaja untuk hari ini.. byeee😉

No comments:

Post a Comment