Okayyy tajuk kita hriniiiiii sambungan tajuk semalam (suara doraemon)😆
Jom kita start!
- Blog smalam I ada ckp yang pembayar cukai ni perlu simpan dokumen selama 7 tahun kn? So pengiraan tempoh 7 tahun ni bermula dari akhir tahun di mana Borang Pulangan Pendapatan cukai difailkan.
- Pegawai audit pula perlu mematuhi peraturan dan kod etika yang disediakan oleh LHDN dan dikehendaki menjalankan tugasnya dengan cara yangn berikut :-
- Professional, sopan, amanah, jujur dan berintergriti.
- Sentiasa bersedia untuk memberi penerangan tentang objektif audit cukai dan hak dan tanggungjawab pembayar cukai.
- Berpengetahuna dan adil dalam mentadbir undang-undang cukai.
- Sentiasa bersedia memberi nasihat dan bimbingan kepada pembayar cukai.
- Memastikan audit berjalan dengan lancar dengan gangguan minimum dari pembayar cukai.
- Meminta dokumen dan maklumat yang berkaitan dengan audit sahaja.
- Menerangkan pelarasan cukai yang dicadangkan dan menyediakan masa yang munasabah untuk pembayar cukai memberi tindak balas ata isu yang timbul.
- Memastikan hak dan kelebihan pembayar cukai dan ejen cukai dan juga dokumen pembayar cukai adalah dilindungi.
Okay itu sahaja dari saya hari ni😉
No comments:
Post a Comment