Tuesday 24 March 2020

APA ITU ASET PERNIAGAAN?

Kalau semalam I pos tentang belanja dan hasil, harini I nak share tentang aset pulak! 😄 Haa biasakan dengar ore duk bincang pasal aset.. Tapi apa korang faham dengan aset perniagaan? Uols taukah yang aset perniagaan ni boleh dikelaskan kepada dua jenis? Haa feel free to read OK! 😊 

Apa itu aset?
➤ Ia merupakan harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dan digunakan untuk menjalankan perniagaan.

Dua jenis aset perniagaan :
(a) Aset semasa 
     ➨ Harta yang boleh ditukarkan kedalam bentuk tunai dalam jangka pendek (kurang setahun).
(b) Aset bukan semasa
     ➨ Harta yang tahan lama yang dibeli untuk membantu menjalankan perniagaan.

Kat bawah ni contoh aset semasa dan aset bukan semasa, which is I rasa dapat membantu uols untuk faham maksud di atas ehehe 😋

ASET
SEMASA
BUKAN SEMASA
-          Penghutang
-          Tunai di tangan
-          Tunai di bank
-          Stok barang niaga
-          Belanja terdahulu
-          Hasil terakru
-          Tanah
-          Premis
-          Kenderaan
-          Mesin
-          Jentera
-          Lengkapan

OK tu je kisahnya tentang aset huhuh nanti I share tentang liabiliti pulak untuk next pos ya! 😇

No comments:

Post a Comment