Monday 30 March 2020

HASIL & BELANJA

Assalamualaikum semuaa.. selamat petang.. sllu I update pagi je kn? Hrini I nk update ptg smbil2 mkn biskut hupseng cicah milo.. haaa😋.. uolls yg tgh relaks2 time2 pkp ni meh la bce perkongsian I.. smbil2 tu boleh tmbah ilmu.. heheheeheh..

Sooo hri ni I nk kongsikan tentang belanja dan hasil.. I yakin smue org tau bhwa belanja tu duit keluar kita dan hasil tu duit masuk kita kn?? tapi hrini I nk cerita tentang belanja dan hasil dengan lebih detail dan setiap satu nya terdapat 2 jenis perbezaan.. Stay tuneddd!!


HASIL
  •       Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh daripada aktiviti jualan barang niaga atau perkhidmatan yang diberikan.


HASIL KENDALIAN
HASIL BUKAN KENDALIAN
Pendapatan yang diterima secara langsung daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan.
Pendapatan yang diterima secara tidak langsung/ tidak berkaitan daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan
Contoh:-
>Firma perakaunan – hasil daripada perkhidmatan yang diberi,
>Kedai jam – hasil diperoleh daripada hasil jualan jam
Contoh :-
Sewa diterima, faedah atas simpanan bank, dividen pelaburan, untung pelupusan atas asset bukan semasa, dan lain-lain.



BELANJA
  •         Wang yang dibayar atau akan dibayar oleh sesebuah perniagaan.
  •          Kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan untuk mendapatkan hasil.


BELANJA KENDALIAN
BELANJA BUKAN KENDALIAN
Belanja yang terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian.
Belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam operasi urus naga harian.
Contoh :-
Sewa kedai, gaji pekerja, promosi, insurans, alat tulis dan sebagainya.
Contoh :-
Belanja faedah pinjaman bank, rugi daripada risiko banjir, kerosakan, kecurian dan sebagainya.


Haaa tu jee.. dh boleh beza dh skrg kn? msti slame ni igt smue sama je.. huuuhuhuhhu.. ok la I gerak dlu.. Byee!👋

No comments:

Post a Comment