Thursday 5 March 2020

Jenis & Tanggungjawab Pembayar Cukai

SELAMAT PAGI semuaa 😇 U guys tautak pembayar cukai ni ada banyak jenisnya.. So, disebabkan I pun tertanya apa benda la, I buat la research sikit haa amik sekali dengan tanggungjawab sekali I nak share dengan you guys! 


Individu - memberikan maklumat penuh mengenai pendapatan mereka dan mengemukakan borang kepada LHDN dalam tempoh 30 hari setelah menerima return form.

Pemilik Perniagaan - memelihara rekod yang betul dan mengeluarkan resit. Semua transaksi perniagaan mesti direkod dalam tempoh 60 hari.

Majikan - memaklumkan LHDN mengenai pekerja baru, alamat, tarikh pekerjaan, pemberhentian pekerjaan dan memberitahu jika meninggalkan Malaysia.

Tuan tanah - mengisytiharkan pendapatan daripada sewa semasa mengemukakan penyata mereka.

Penyewa - memaklumkan kepada LHDN mengenai tuan tanah seperti nama, alamat atau nombor telefonnya, dan sewa bulanan / tahunan yang dibayar.

Rakan kongsi - rakan kongsi yang dipersetujui dan dilantik oleh rakan kongsi yang lain bertanggungjawab untuk mengemukakan pulangan pendapatan perkongsian.

Pembayar cukai lain - pentadbir atau ejen bertanggungjawab menyerahkan return form bagi pihak 'klien'nya dalam tempoh tertentu.


OK jadi itu la yang I dapat, hasil daripada pertanyaan dan pembacaan. Ilmu harus dikongsi kan, so I hope ilmu yang I share ni sedikit sebanyak dapat bagi manfaat dekat you guys! 😚


p/s : research I buat ni sumber dari budak akaun je.. haa pastu baca lagi bahan bacaan buku Malaysian Taxation! taktanya pun pakcik google, pakcik google jangan marah haaa 😝

No comments:

Post a Comment