Monday 30 March 2020

HASIL & BELANJA

Assalamualaikum semuaa.. selamat petang.. sllu I update pagi je kn? Hrini I nk update ptg smbil2 mkn biskut hupseng cicah milo.. haaa😋.. uolls yg tgh relaks2 time2 pkp ni meh la bce perkongsian I.. smbil2 tu boleh tmbah ilmu.. heheheeheh..

Sooo hri ni I nk kongsikan tentang belanja dan hasil.. I yakin smue org tau bhwa belanja tu duit keluar kita dan hasil tu duit masuk kita kn?? tapi hrini I nk cerita tentang belanja dan hasil dengan lebih detail dan setiap satu nya terdapat 2 jenis perbezaan.. Stay tuneddd!!


HASIL
  •       Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh daripada aktiviti jualan barang niaga atau perkhidmatan yang diberikan.


HASIL KENDALIAN
HASIL BUKAN KENDALIAN
Pendapatan yang diterima secara langsung daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan.
Pendapatan yang diterima secara tidak langsung/ tidak berkaitan daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan
Contoh:-
>Firma perakaunan – hasil daripada perkhidmatan yang diberi,
>Kedai jam – hasil diperoleh daripada hasil jualan jam
Contoh :-
Sewa diterima, faedah atas simpanan bank, dividen pelaburan, untung pelupusan atas asset bukan semasa, dan lain-lain.



BELANJA
  •         Wang yang dibayar atau akan dibayar oleh sesebuah perniagaan.
  •          Kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan untuk mendapatkan hasil.


BELANJA KENDALIAN
BELANJA BUKAN KENDALIAN
Belanja yang terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian.
Belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam operasi urus naga harian.
Contoh :-
Sewa kedai, gaji pekerja, promosi, insurans, alat tulis dan sebagainya.
Contoh :-
Belanja faedah pinjaman bank, rugi daripada risiko banjir, kerosakan, kecurian dan sebagainya.


Haaa tu jee.. dh boleh beza dh skrg kn? msti slame ni igt smue sama je.. huuuhuhuhhu.. ok la I gerak dlu.. Byee!👋

Sunday 29 March 2020

DOKUMEN BUKAN KEWANGAN

Assalamualaikum guysss!! haaa hrini I nak throwback skitt.. haritu pada 19 march I ade ceritakan tentang 3 kategori dokumen perniagaan kan??.. Seperti yang uolls tau antara kategori tersebut ialah dokumen kewangan, dokumen bukan kewangan dan dokumen sokongan.. And pada 20 january I dh ade ceritakan detail tentang dokumen kewangan.. So hrini I rasa I nak cerita tentang dokumen bukan kewangan. Stay Tuned!!

So antara jenis dokumen bukan kewangan ialah :-

a) Sebut harga

  • Dokumen yang memberi senarai harga barang-barang yang dipesan oleh pembeli.
  • Sebut harga merupakan dokumen yang dihantar oleh pembekal kepada pembeli.
b) Pesanan Belian
  • Merupakan pesanan dari pembeli untuk membeli barangan dari pembekal.
  • Maklumat dalam arahan beluan ialah :-
          - Nama barangan yang hendak dibeli
          - Kod barangan
          - Kuantiti
          - Harga seunit
          - Maklumat pihak yang membuat pesanan

c) Nota Serahan
  • Nota serahan merupakan dokumen pengesahan barangan yang telah dikirimkan oleh pembekal seperti yang dikehendaki dengan betul dan selamat.
  • Pembeli perlu menandatangani nota serahan sebagai akuan penerimaan barangan yang telah dikirimkan.

Okay itu sahaja untuk hari ini.. byeee😉

Thursday 26 March 2020

Apa Itu Inventori?

Assalamualaikum guyss!! Salam jumaat semua.. Okay hrini I nak cerita tentang inventori.


  • Inventori atau stok merupakan satu aspek dalam pengurusan perniagaan. Pengurusan inventori yang cekap dapat meningkatkan keuntungan sesebuah perniagaan.

Apa itu inventori??

  1. Inventori bermaksud barang niaga yang dimiliki dengan tujuan untuk dijual atau bahan mentah yang digunakan untuk diproses menjadi sesuatu produk.
  2. Pada setiap akhir tempoh perakaunan, inventori akan dinilai untuk mengira kos jualan dan untung kasar perniagaan.
  3. Contoh inventori bagi perniagaan yang menjual barangan dan perniagaan perkilangan adalah seperti berikut :-







Haaa mcm mne dgn perkongsian hrini? dpt dh ilmu tentang inventori? heheeheh.. ok la itu sahaja untuk hrini.. byeeee!!

Btw I nk pesan supaya uolls stay safe, cuci tgn selalu n jgn kerap keluar rumah tau!! Sayangi diri anda.. 💓 #Stayathome

EKUITI PEMILIK


HALU CHINGU!
Kalau uols naktau chingu tu dalam bahasa korea maksud dia kawan! HAHAHA harini I bukan nak ajar bahasa korea ye tapi nak sambung share lagi antara salah satu akaun-akaun utama atau akaun induk iaitu ekuiti pemilik..


Ekuiti Pemilik
- merupakan hutang pihak perniagaan kepada pemiliknya.  


Ekuiti pemilik bagi sesebuah perniagaan terdiri daripada :

  •  Modal - disumbangkan oleh pemilik perniagaan kedalam perniagaan samada dalam bentuk pelaburan permulaan atau pelaburan tambahan.
  •  Untung bersih -  yang diperoleh oleh perniagaan akan ditambah dengan modal awal. Jika perniagaan memperoleh rugi bersih, maka rugi bersih akan ditolak daripada modal awal.
  • Ambilan - oleh pemilik akan ditolak dengan modal awal kerana ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik.



Wednesday 25 March 2020

LIABILITI PERNIAGAAN

Hai semuaa! 😎
Seperti yang dijanjikan pada pos yang lepas, eheh pos kalini I nak kena share pasal liabiliti kan huwuwuuu jadi apatu maksud liabiliti gais? 😱

OK liabiliti ni merupakan tanggungan atau hutang pihak perniagaan kepada pihak luar.
Liabiliti perniagaan ni jugak sama macam aset jugak tau yang mana boleh dikelaskan kepada 2 jenis iaitu liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa.

Macam mana nak bezakan 2 jenis liabiliti perniagaan ni? HAA macam biasa I dah ringkaskan maksud sekali contoh lagi kepada uols sekalian, tinggal uols untuk baca je hee..

LIABILITI
SEMASA
-          Hutang perniagaan yang perlu dibayar balik dalam jangka masa pendek biasanya satu tempoh perakaunan.
BUKAN SEMASA
-          Hutang perniagan yang perlu dibayar balik dalam jangka masa panjang iaitu lebih daripada setahun.
CONTOH : Pemiutang, overdraf, belanja terakru, hasil terdahulu
CONTOH : Pinjaman jangka panjang, gadai janji

Haa jadi itulah perkongsian pada pos kalini ye yob.. Adios!

Tuesday 24 March 2020

APA ITU ASET PERNIAGAAN?

Kalau semalam I pos tentang belanja dan hasil, harini I nak share tentang aset pulak! 😄 Haa biasakan dengar ore duk bincang pasal aset.. Tapi apa korang faham dengan aset perniagaan? Uols taukah yang aset perniagaan ni boleh dikelaskan kepada dua jenis? Haa feel free to read OK! 😊 

Apa itu aset?
➤ Ia merupakan harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dan digunakan untuk menjalankan perniagaan.

Dua jenis aset perniagaan :
(a) Aset semasa 
     ➨ Harta yang boleh ditukarkan kedalam bentuk tunai dalam jangka pendek (kurang setahun).
(b) Aset bukan semasa
     ➨ Harta yang tahan lama yang dibeli untuk membantu menjalankan perniagaan.

Kat bawah ni contoh aset semasa dan aset bukan semasa, which is I rasa dapat membantu uols untuk faham maksud di atas ehehe 😋

ASET
SEMASA
BUKAN SEMASA
-          Penghutang
-          Tunai di tangan
-          Tunai di bank
-          Stok barang niaga
-          Belanja terdahulu
-          Hasil terakru
-          Tanah
-          Premis
-          Kenderaan
-          Mesin
-          Jentera
-          Lengkapan

OK tu je kisahnya tentang aset huhuh nanti I share tentang liabiliti pulak untuk next pos ya! 😇

Monday 23 March 2020

Hasil dan Belanja


Assalamualaikum semua! 😇
Dalam perniagaan mesti terlibat dengan hasil dengan belanja kan. Tapi ramai yang taktau hasil dan belanja ni juga terbahagi kepada 2 iaitu kendalian dan bukan kendalian. So, pos harini I nak cerita lebih mendalam tentang belanja dan hasil. I siap buat dalam bentuk rajah dan ringkasan untuk uols mudah baca dan hadam ehehe enjoy! 😉


Hasil
Belanja

Wang yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada satu tarikh yang akan datang.
Kos yang ditanggung dalam proses memperoleh hasil sama ada yang telah dibayar atau yang akan dibayar.

Kendalian
Bukan Kendalian

Kendalian
Bukan Kendalian
Hasil yang diperoleh daripada aktiviti utama perniagaan.


Contoh:
- Hasil jualan barang niaga
- Hasil perkhidmatan
Hasil yang diperoleh daripada aktiviti yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan.

Contoh:
- Dividen diterima
- Komisen diterima
- Sewa diterima
- Untung atas pelupusan aset bukan semasa

Belanja yang terlibat secara langsung dalam aktiviti utama perniagaan.

Contoh:
- Sewa
- Gaji
- Promosi
- Belanja am
- Belanja angkutan
- Susutnilai
- Hutang lapuk

Belanja yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan.


Contoh:
- Rugi atas pelupusan aset bukan semasa
- Kerugian akibat bencana alam seperti banjir


Friday 20 March 2020

KLASIFIKASI AKAUN

Hi guys! 🙈 Uols tautak dalam perakaunan, akaun-akaun perlu diklasifikasikan untuk memudahkan kerja-kerja perekodan urusniaga samada secara manual atau berkomputer. Pengelasan akaun akan memudahkan operasi perakaunan dilakukan! 😉

Semua urusniaga yang digunakan dalam perniagaan akan diklasifikasikan dalam 5 akaun utama seperti berikut :


Namun begitu, ada jugak urusniaga yang takdapat dikelaskan dalam 5 akaun tu tetapi memberi kesan kepada akaun-akaun tersebut dan dikenal sebagai akaun kontra.


Thursday 19 March 2020

3 KATEGORI DOKUMEN


HALO HALO 😀
Semalam punya post I ada cerita tentang apa kepentingan dokumen perniagaan kan.. I ada terbaca sumber dari facebook and baru tahu yang sebenarnya dokumen ni terbahagi kepada 3 kategori.. OK, I nak tanya, selain resit apa lagi dokumen perniagaan? Haa meh I nak share, uolls baca tau! 😳


Kategori 1 - Dokumen Kewangan
➜ Invois
➜ Resit
➜ Baucar Bayaran
➜ Nota Kredit
➜ Nota Debit
➜ Bil Utiliti


Kategori 2 - Dokumen bukan kewangan
➜ Sebut Harga
➜ Borang Pesanan
➜ Nota Serahan

Kategori 3 - Dokumen Sokongan
 Penyata Bank
 Penyata Akaun (Penghutang/Pemiutang)


Jadi itulah 3 kategori dokumen yang I nak share kat uols tu.. I pun baru tau so apa salahnya berkongsi ilmu kan? Tak rugi pun ehehe haa berguna jugak kan, semoga bertambah ilmu kita! 😜🙆


Tuesday 17 March 2020

KEPENTINGAN DOKUMEN PERNIAGAAN

Selamat petang semuaaaa~ 😇🙋
Haa harini kita post blog petang petang gittew sambil mengkopi ehehe..
OK sebelum ni I ada share jenis & fungsi dokumen perniagaan dan I ada mention dokumen ni penting kepada perniagaan tapi hurm apa pentingnya dokumen kepada sesebuah perniagaan? 😮

Kepentingan dokumen :

➤ Memberikan maklumat tentang barang yang diniagakan.
➤ Menjadi bukti setiap urus niaga yang dijalankan.
➤ Mengesahkan penghantaran, penerimaan dan pembayaran.
➤ Menjadi sumber maklumat kepada peniaga.


Haa lepas korang baca ni, penting tak penting dokumen perniagaan ni? Haa kalau takde dokumen ni silap silap duit hilang kena curi pun taknampak tau.. 😱 Sebab itu pentingnya dokumen sebagai bukti haa haa gittew 😛 


p/s : dokumen perniagaan merupakan keterangan atau catatan bertulis yang sah tentang urus niaga yang berlaku.


Monday 16 March 2020

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA PROSES MENGAUDIT

HALOO HALOO~ Pagi pagi ni I nak bercakap tentang audit.. Audit ni penting tau bagi sesebuah company.. So, thats why la I want to share with you guys tentang dokuman yang diperlukan untuk diaudit 😲 korang tautak apa dokumen yang nak kena ada? Wuu takpoeh takpoeh, benda boleh baca kat bawah eheh 😉
Tapi apa itu audit?
Audit adalah satu proses pengesahan dimana akaun akan disahkan dengan bukti oleh auditor. Oleh itu amat penting untuk segala bukti transaksi telah disediakan.
Amalan filing yang konsisten dan teratur akan menjadikan proses audit mudah dan cepat. Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa proses audit :
-bank statement
-senarai stock
-senarai supplier
-statement of accounts dari supplier
-senarai penghutang (yang bisnes berhutang)
-senarai pemiutang (yang berhutang dengan bisnes)
-petty cash listing (maklumat aliran duit tunai keluar masuk)
-senarai jualan
-senarai belian
-resit perbelanjaan
-invois jualan
-senarai pekerja dan bayaran gaji
-penyata bayaran KWSP and SOCSO pekerja
Senarai di atas hanyalah sebahagian daripada dokumen yang diperlukan. Auditor mungkin akan meminta lebih dokumen sekiranya diperlukan.
Sampai sini sahaja perkongsian ilmu audit.. Nak belajar benda baru lagi? Eyy mestilah boleh! Boleh tengok di previous pos blog ni.. ada banyak pengetahuan & ilmu tu ehehe semoga bermanfaat ye.. Adios! 😝🙋

Sunday 15 March 2020

NAK BUAT PINJAMAN? TAPI~

Hyee semuaa.. hrini sbgai hari pertama bgi minggu ini saya doakan agar uolls memulakan minggu uolls dengan baik.. Happy Monday everyone!!💕

So today I nak kongsikan tentang perkara yang berkaitan dengan artikel dibawah.. 

"Nak buat pinjaman? Tapi macam mana nak pastikan permohonan pinjaman diluluskan? Caranya senang je.. “Buat akaun” sebab pihak bank akan melihat status kewangan anda stabil atau tidak.. Soo itu adalah salah satu kepentingan akaun.."

Haaa seperti yang korang tgk, artikel diatas membincangkan tentang kepentingan perakaunan.. nampak kn bertapa pentingnya akaun bagi sesebuah perniagaan.. sebenarnya terdapat banyak kepentingan perakaunan ni.. cth hritu I dah pos pada 9 march 2020.. salah satu drpd list adalah pinjaman mudah diluluskan.. so itulah sebabnya ia mudah diluluskan.. 😚

Heheheeheh sorry hri isnin ni I taknak ckp byk sgt.. so ini je info yang I dpt bg tau hrini... Klau nk dptkan byk info lg esk I akan post lg.. heeheh Stay Tuned!!😘

Thursday 12 March 2020

"SAMBUNGAN TAJUK SEMALAM"

Assalamualaikum semua.. salam jumaat..😉hrini I nk straight to the point jgak macam semalam.. taknak borak pnjg.. hahahaahahah sebab hri jumaat ni mood cuti dah membuak-buak😂

Okayyy tajuk kita hriniiiiii sambungan tajuk semalam  (suara doraemon)😆

Jom kita start!

- Blog smalam I ada ckp yang pembayar cukai ni perlu simpan dokumen selama 7 tahun kn? So pengiraan tempoh 7 tahun ni bermula dari akhir tahun di mana Borang Pulangan Pendapatan cukai difailkan.

- Pegawai audit pula perlu mematuhi peraturan dan kod etika yang disediakan oleh LHDN dan dikehendaki menjalankan tugasnya dengan cara yangn berikut :-

  • Professional, sopan, amanah, jujur dan berintergriti.
  • Sentiasa bersedia untuk memberi penerangan tentang objektif audit cukai dan hak dan tanggungjawab pembayar cukai.
  • Berpengetahuna dan adil dalam mentadbir undang-undang cukai.
  • Sentiasa bersedia memberi nasihat dan bimbingan kepada pembayar cukai.
  • Memastikan audit berjalan dengan lancar dengan gangguan minimum dari pembayar cukai.
  • Meminta dokumen dan maklumat yang berkaitan dengan audit sahaja.
  • Menerangkan pelarasan cukai yang dicadangkan dan menyediakan masa yang munasabah untuk pembayar cukai memberi tindak balas ata isu yang timbul.
  • Memastikan hak dan kelebihan pembayar cukai dan ejen cukai dan juga dokumen pembayar cukai adalah dilindungi.
Okay itu sahaja dari saya hari ni😉

Wednesday 11 March 2020

TANGGUNGJAWAB PEMBAYAR CUKAI DAN PEGAWAI AUDIT

Hye guyss.. hrini I taknak byk borak, I nak straight to the point je.. So let's start!! Hrini I nak sharekan tentanggg~ "sila baca tajuk diatas" 😂

- Setiap pembayar cukai yang bertanggungjawab ke atas cukai perlu isytiharkan pendapatannya kepada LHDN. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk :-

  • Perlu menghantar borang cukai sebelum 30 April bagi individu dan sebelum 30 Jun bagi syarikat setiap tahun.
  • Mengisytihar pendapatan dan claim perbelanjaan.
  • Mengira pendapatan bercukai.
  • Menyimpan laporan untuk tujuan audit.
  • Membayar pendapatan cukai berbayar.
- Pembayar cukai perlu menyimpan dokumen yang ditunjukkan dibawah selama 7 tahun :
  • Borang EA/EC.
  • Baucer dividen asal.
  • Resit insuran premium.
  • Resit pembelian buku.
  • Resit perubatan.
  • Resit derma.
  • Resit zakat.
  • Sijil kelahiran anak.
  • Sijil perkahwinan.
  • Dokumen sokongan lain
  • Working sheet (jika ada)

Ini sahaja yg I boleh kongsikan hrini.. Esok I akan smbung skit lg.. Stay Tuned!!😉

Tuesday 10 March 2020

KADAR PENDAPATAN CUKAI INDIVIDU

Good morning everyone..👋 May God bless you with a beautiful day..💖.. aceceyyy speaking giteuwww😂😂.. Serius2!! back to reality 😖 heheheeheh.. Jom kita belajar👌

So haritu I pernah kongsikan pasal kadar pendapatan untuk syarikat kn? So hrini I nak share tentang kadar pendapatan cukai individu pula.. i akan share kadar pendapatan cukai bagi tahun 2019.. Sila rujuk gmbar dibawah 👇

TAHUN TAKSIRAN 2018 - 2019
Banjaran Pendapatan Bercukai
Pengiraan (RM)
Kadar %
Cukai (RM)
0 - 5,000
5,000 berikutnya
0
0
5,001 – 20,000
5,000 pertama
15,000 berikutnya
1
0
150
20,001 – 35,000
20,000 pertama
15,000 berikutnya
3
150
450
35,001 – 50,000
35,000 pertama
15,000 berikutnya
8
600
1,200
50,001 – 70,000
50,000 pertama
20,000 berikutnya
14
1,800
2,800
70,001 – 100,000
70,000 pertama
30,000 berikutnya
21
4,600
6,300
100,001 – 250,000
100,000 pertama
150,000 berikutnya
24
10,900
36,000
250,001 – 400,000
250,000 pertama
150,000 berikutnya
24.5
46,900
36,750
400,001 – 600,000
400,000 pertama
200,000 berikutnya
25
83,650
50,000
600,001 – 1,000,000
600,000 pertama
4000,000 berikutnya
26
133,650
104,000
Melebihi 1,000,000
1,000,000 pertam
Setiap ringgit berikutnya
28
237,650
…………….

Maklumat ni I dapat dri LHDN punya web.. so klau uolls nk tau lebih lanjut, uolls boleh la rajin kan jari uoll menaip di google.. HAHAAHAHAH.. Kalau tak rajin jugak? Haaa meh nk tlg.. I sharekn link LHDN punye web dkt bwh.. easy je.. just one klik..😂😂