Wednesday 5 February 2020

APA ITU TAX?



Hye guys.. Salam jumaat. So pada hari yang penuh barokah ni I nak cerita apa yang I dah janjikan semalam😆😂.

So apa itu TAX??

Tax adalah alat ekonomi penting yang digunakan oleh kerajaan untuk mengawal selia ekonomi. Matlamat utama melaksanakan dasar cukai adalah untuk memulihkan pertumbuhan ekonomi melalui pemberian insentif fiskal dan untuk menyediakan dana bagi banyak projek pembangunan.


Cukai adalah apa-apa bayaran atau sumbangan yang dikenakan oleh kerajaan sebagai pengembalian untuk menggunakan pendapatan negara, kekayaan dan sumber-sumber lain. Cukai pendapatan adalah jumlah wang yang diambil dari pendapatan seseorang untuk digunakan oleh kerajaan untuk menyediakan kemudahan awam di negara ini. Caj cukai hanya ke atas pendapatan yang diterima daripada pembayar cukai.



DEFINISI CUKAI BERDASARKAN PANDUAN CUKAI LHDN

  • Sejumlah wang yang diambil dari pendapatan anda untuk membantu kos perkhidmatan yang kami terima di negara ini.

So uolls dah dapat ilmu tak pasal cukai? Haa minggu depan I nak cerita dekat uolls macam mana nak declare tax.. Stay Tuned!

p/s: Tax tu cukai lerrr💁

No comments:

Post a Comment