Assalamualaikum guyss!! Haaa smalam I dah janji nak bg contoh pengiraan kadar cukai syarikat.. Harini pun I taknak ckp byk.. I nk straight to the point je.. Lets Start!!
Harum Kasturi Sdn Bhd diperbadankan di Malaysia pada 2015 dengan modal awal RM30,000. Syarikat tersebut menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun.
Kira cukai pendapatan yang perlu dibayar pada tahun taksiran 2019 jika :
a) Pendapatan bercukai ialah RM445,000 dan modal berbayar pada 31 Disember 2019 adalah RM750,000
b) Pendapatan bercukai ialah RM656,000 dan modal berbayar pada 31 Disember 2019 adalah RM1,250,000
c) Pendapatan bercukai ialah RM975,000 dan modal berbayar pada 31 Disember 2019 adalah RM2,750,000
Jawapanya adalah seperti berikut :-
a) Harum Kasturi Sdn Bhd - Tahun taksiran 2019
Pendapatan bercukai RM445,000
x kadar cukai 17%
Pendapatan cukai perlu dibayar RM 75,650
b) Harum Kasturi Sdn Bhd - Tahun taksiran 2019
Pendapatan bercukai RM656,000
Pertama RM500,000 17% RM 85,000
Baki seterusnya RM156,000 24% RM 37,440
Pendapatan cukai perlu dibayar RM 122,440
c) Harum Kasturi Sdn Bhd - Tahun taksiran 2019
Pendapatan bercukai RM975,000
x kadar cukai 24%
Pendapatan cukai perlu dibayar RM234,000
Okay itu sahaja untuk hrini 😉
p/s : tahun taksiran tu tahun mengikut kalendar tahunan lerrrr💁
No comments:
Post a Comment