Tuesday 4 February 2020

JENIS-JENIS JURUAUDIT

Assalamualaikum guyss!! okay hrini I taknak cakap banyak, I nak straight to the point je. Hari ni I nak story pasal jenis-jenis juruaudit.. Jenis juruaudit ni ada 3 je.. Stay Tuned!!💞

1. Juruaudit dalaman

  • Dilantik oleh perniagaan untuk bekerja dengan perniagaan tersebut.
  • Tugasnya hanya memeriksa dokumen kewangan dalaman yang berkait dengan majikannya.
  • Membantu meningkatkan ketepatan data kewangan syarikat dan mengelak daripada sebarang masalah kewangan dan undang-undang.
2. Juruaudit luaran
  • Bertanggungjawab untuk mengaudit penyata kewangan syarikat dan menyatakan pendapat sama ada penyata kewangan menunjukkan pandangan yang benar dan saksama.
  • Juga dikenali sebagai juruaudit bebas.
3. Juruaudit kerajaan
  • Menjalankan audit ke atas akaun - akaun persekutuan, negeri-negeri, kerajaan tempatan dan badan-badan berkanun yang mengendalikan dana awam.
  • Bekerja untuk jabatan umum juruaudit. Laporan audit mesti dibentangkan di parlimen.

So itu sahaja 3 jenis juruaudit yang uolls perlu  tau.. esok I akan sambung story dkt uolss.. Stay Tuned!😉

No comments:

Post a Comment