Assalamualaikum semua? Uoll mcm mne? Sihat? Jgn lupa jaga kesihatan dan
kebersihan diri tau.. Moga sesiapa yang baca blog ni dihindari dari penyakit
yang tidak diingini.. Dan semoga Malaysia terhindar dari virus yang digembar
gemburkan sekarang. Aamiinn.. Kalau boleh jgn kerap keluar rumah ye.. Kalau
keluar atas urusan penting sila pakai surgical mask dan pakai dengan cara yang
betul..😷
Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, korang haruslah
mendaftarkan diri untuk untuk membayar cukai. Namun, I percaya masih ada lagi
beberapa pihak diluar sana yang tak daftarkan diri diaorg dengan pihak LHDN dengan
alasan kurang pengetahuan tentang pendaftaran melalui atas talian. Disini I nak
bagi panduan kepada para peniaga Enterprise yang nak mendaftar secara online.
Sebelum pergi lebih
jauh lagi, eloklah korang tahu dulu, siapakah yang perlu untuk mendaftarkan
income tax mereka? Kerana bukan semua orang wajib untuk membayar cukai
pendapatan ini. Golongan pertama ialah individu yang memperoleh pendapatan.
Kedua, mereka yang menjalankan perniagaan tidak kiralah perniagaan secara
online ataupun offline. Dan ketiga, perniagaan yang baru beroperasi.
Untuk proses pendaftaran dengan LHDN, ada dua dokumen penting yang
diperlukan. Yang pertama ialah kad pengenalan. Jika anda seorang tentera atau
polis, gunakan kad khas anda itu. Bagi rakyat asing pula, gunakan passport sah
milik anda. Yang kedua pula ialah sijil pendaftaran perniagaan (SSM). Untuk
setiap permohanan baru, pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui
edaftar.
Setelah semuanya
selesai, uoll akan mendapat nombor rujukan fail cukai dari pihak LHDN.
Seterusnya, jika uoll nak buat e-filling, uoll boleh request nombor pin untuk
e-filling melalui telefon, fax, surat atau pun anda boleh pergi terus ke
kaunter LHDN yang berhampiran. Pilih sahaja kaedah yang senang untuk anda.
Seperti biasa bagi
yang pertama kali mengisi borang e-filling, uoll perlu ke pautan e.hasil.gov.my
. Kemudian isi nombor kad pengenalan uoll dan juga nombor pin yang telah u
perolehi tadi. Setelah itu, klik e-borang. Pada pautan berikutnya, klik e-B dan
pilih tahun taksiran. Isikan maklumat dengan lengkap semua maklumat yang
diperlukan. Jangan ada yang tertinggal pula nanti.
Senangkan? Sebenarnya nak mendaftar dengan pihak LHDN secara online ini
tidaklah begitu complicated seperti yang dibayangkan. Klik…Klik…Klik… isi,
hantar, siap. Cuma bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang
perniagaan, mungkin sedikit keliru dalam menyediakan akaun untung rugi. Tapi
anda tidak perlu risau, terdapat pihak-pihak yang menyediakan perkhidmatan
untuk membantu anda dalam urusan ini. Jadi bagi mereka yang masih belum
mendaftar, segeralah lakukannya sebelum pihak LHDN mencari anda pula nanti.
Kalau korang nak
maklumat lebih lanjut korang boleh klik link dibawah :
Esok I akan cerita dekat uolls tentang exemption of tax.. Stay tuned okay😉
No comments:
Post a Comment