Thursday 27 February 2020

COMPANY TAX PLANNING

    HELLO guysss…hw yr today? Good ? bad ? I don’t care what happen to you today but I need your attention for my blog. Today I nak citer sikit pasal company tax planning . SO stay tuned OK 

    (I) PERMULAAN DALAM PERNIAGAAN (0-6 bulan)
a)      Pemilihan Tempoh Perakaunan
-          Pemilihan tempoh perakaunan adalah penting di mana pemilihan tarikh untuk mengelakkan pertindihan tempoh perakaunan dan pembayaran cukai berganda.
b)      Perbelanjaan Penubuhan
-          Perbelanjaan boleh dipotong sebagai perbelanjaan operasi jika modal dibenarkan syarikat tidak melebihi kos pendaftaran perniagaan, duti stem, kos meterai syarikat dan perbelanjaan lain yang berkaitan.
c)      Pra permulaan
-          Merujuk kepada perbelanjaan modal seperti pembelian aset untuk operasi perniagaan yang boleh diiktiraf sebagai perbelanjaan dibenarkan selepas penubuhan syarikat menyediakan perbelanjaan untuk tujuan perniagaan.
d)      Pengambilalihan Perniagaan
-          Jika syarikat ingin mengambil alih syarikat lain, lebih baik  syarikat mengambil alih syarikat mengambil alih syarikat yang mempunyai kerugian dibawa ke hadapan atau dibawa keluar modal harus ditolak dari pendapatan berkanun.
e)      Pelaburan Diluar Negara
-          Untuk syarikat yang bermastautin di Malaysia, pendapatan dapat dari luar adalah dikecualikan dari cukai, kecuali bagi syarikat yang menjalankan perbankan, insurans, penghantaran, pengangkutan laut dan udara.
f)       Permohonan Insentif cukai dibawah Akta Promosi Pelaburan 1967 dan Akta Cukai Pendapatan 1967. Syarikat akan dapat pengecualian cukai dan insentif bagi mana- mana insentif dibawah Akta Promosi Pelaburan 1967 dan Akta Cukai Pendapatan 1967 seperti status perintis, alaun pelaburan cukai, dan lain – lain.

(II) Semasa Menjalankan Perniagaan
      Penolakan Perbelanjaan :
      (a)  Perbelanjaan Pendapatan
      (b)  Perbelanjaan Modal
      (c)  Potongan Cukai Perbelanjaan 2 Kali
      (d)  Elaun Modal
      (e)  Penjualan Aset Tetap
      (f)  Insentif di bawah Akta Promosi Pelaburan 1986

(III) Akhir Tempoh Perakaunan
  •  Syarikat mesti mengambil semua peluang untuk mengurangkan liabiliti cukai sebelum penyata kewangan disediakan. Antara peluang yang akan diambil adalah menggantung jualan, sumbangan yang dibuat kepada badan yang diluluskan, elaun modal dan lain-lain.


Itu saja nukilan drpd anak muda yg penuh dosa ini . Semoga info yg kami bagi dpt membantu dan menambah ilmu pengetahuan korang . Jangan kemana-mana, esok kita masih di bawah topik tax so stay tuned guys…….

No comments:

Post a Comment