Thursday 27 February 2020

COMPANY TAX PLANNING

    HELLO guysss…hw yr today? Good ? bad ? I don’t care what happen to you today but I need your attention for my blog. Today I nak citer sikit pasal company tax planning . SO stay tuned OK 

    (I) PERMULAAN DALAM PERNIAGAAN (0-6 bulan)
a)      Pemilihan Tempoh Perakaunan
-          Pemilihan tempoh perakaunan adalah penting di mana pemilihan tarikh untuk mengelakkan pertindihan tempoh perakaunan dan pembayaran cukai berganda.
b)      Perbelanjaan Penubuhan
-          Perbelanjaan boleh dipotong sebagai perbelanjaan operasi jika modal dibenarkan syarikat tidak melebihi kos pendaftaran perniagaan, duti stem, kos meterai syarikat dan perbelanjaan lain yang berkaitan.
c)      Pra permulaan
-          Merujuk kepada perbelanjaan modal seperti pembelian aset untuk operasi perniagaan yang boleh diiktiraf sebagai perbelanjaan dibenarkan selepas penubuhan syarikat menyediakan perbelanjaan untuk tujuan perniagaan.
d)      Pengambilalihan Perniagaan
-          Jika syarikat ingin mengambil alih syarikat lain, lebih baik  syarikat mengambil alih syarikat mengambil alih syarikat yang mempunyai kerugian dibawa ke hadapan atau dibawa keluar modal harus ditolak dari pendapatan berkanun.
e)      Pelaburan Diluar Negara
-          Untuk syarikat yang bermastautin di Malaysia, pendapatan dapat dari luar adalah dikecualikan dari cukai, kecuali bagi syarikat yang menjalankan perbankan, insurans, penghantaran, pengangkutan laut dan udara.
f)       Permohonan Insentif cukai dibawah Akta Promosi Pelaburan 1967 dan Akta Cukai Pendapatan 1967. Syarikat akan dapat pengecualian cukai dan insentif bagi mana- mana insentif dibawah Akta Promosi Pelaburan 1967 dan Akta Cukai Pendapatan 1967 seperti status perintis, alaun pelaburan cukai, dan lain – lain.

(II) Semasa Menjalankan Perniagaan
      Penolakan Perbelanjaan :
      (a)  Perbelanjaan Pendapatan
      (b)  Perbelanjaan Modal
      (c)  Potongan Cukai Perbelanjaan 2 Kali
      (d)  Elaun Modal
      (e)  Penjualan Aset Tetap
      (f)  Insentif di bawah Akta Promosi Pelaburan 1986

(III) Akhir Tempoh Perakaunan
  •  Syarikat mesti mengambil semua peluang untuk mengurangkan liabiliti cukai sebelum penyata kewangan disediakan. Antara peluang yang akan diambil adalah menggantung jualan, sumbangan yang dibuat kepada badan yang diluluskan, elaun modal dan lain-lain.


Itu saja nukilan drpd anak muda yg penuh dosa ini . Semoga info yg kami bagi dpt membantu dan menambah ilmu pengetahuan korang . Jangan kemana-mana, esok kita masih di bawah topik tax so stay tuned guys…….

Wednesday 26 February 2020

CONTOH PENGIRAAN KADAR CUKAI SYARIKAT

Assalamualaikum guyss!! Haaa smalam I dah janji nak bg contoh pengiraan kadar cukai syarikat.. Harini pun I taknak ckp byk.. I nk straight to the point je.. Lets Start!!

Harum Kasturi Sdn Bhd diperbadankan di Malaysia pada 2015 dengan modal awal RM30,000. Syarikat tersebut menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun.

Kira cukai pendapatan yang perlu dibayar pada tahun taksiran 2019 jika :

a) Pendapatan bercukai ialah RM445,000 dan modal berbayar pada 31 Disember 2019 adalah RM750,000

b) Pendapatan bercukai ialah RM656,000 dan modal berbayar pada 31 Disember 2019 adalah RM1,250,000

c) Pendapatan bercukai ialah RM975,000 dan modal berbayar pada 31 Disember 2019 adalah RM2,750,000

Jawapanya adalah seperti berikut :-

a) Harum Kasturi Sdn Bhd - Tahun taksiran 2019
 
   Pendapatan bercukai                                                                     RM445,000
   x kadar cukai                                                                                            17%
   Pendapatan cukai perlu dibayar                                                   RM  75,650

b) Harum Kasturi Sdn Bhd - Tahun taksiran 2019
 
   Pendapatan bercukai                                                                   RM656,000
 
   Pertama RM500,000             17%                                               RM  85,000
   Baki seterusnya RM156,000 24%                                               RM  37,440 
   Pendapatan cukai perlu dibayar                                                  RM 122,440

c) Harum Kasturi Sdn Bhd - Tahun taksiran 2019
 
   Pendapatan bercukai                                                                    RM975,000
   x kadar cukai                                                                                           24%
   Pendapatan cukai perlu dibayar                                                   RM234,000


Okay itu sahaja untuk hrini ๐Ÿ˜‰

p/s : tahun taksiran tu tahun mengikut kalendar tahunan lerrrr๐Ÿ’

Tuesday 25 February 2020

COMPANY TAXATION


Assalamualikum guys! Hrini I taknak ckp byk.. I nak cerita pasal cukai Syarikat ๐Ÿ˜Š

Berdasarkan Akta Syarikat 1965, setiap syarikat perlu menyediakan penyata kewangan yang diaudit dan disahkan oleh juruaudit. Bermula tahun taksiran 2002, setiap syarikat perlu mengemukakan boring C bersama laporan audit bertujuan untuk penilaian.

Objektif cukai syarikat
·         Cukai sebagai sumber pendapatan utama
·         Cukai sebagai mediumuntuk pertumbuhan ekonomi
·         Cukai sebagai pengagihan pendapatan
·         Kestabilan Negara

Status pemastautin syarikat
Berdasarkan Section 8(1)(b) Income Tax Act 1967 cukai syarikat yang dianggap pemastautin adalah syarikat yang beroperasi di Malaysia.

Kadar Cukai Syarikat
Untuk sebuah syarikat, menentukan kadar cukai adalah seperti berikut :
Tahun taksiran
2017 - 2018
2019
   Kadar cukai %
24%
24%

Cukai bagi Industri Kecil & Sederhana (IKS) diberi nilai kepada dua kadar berbeza. Syarikat IKS ditakrifkan sebagai syarikat dengan modal berbayar berkenaan dengan saham biasa kurang daripada RM2.5 juta dan kebawah.
Tahun taksiran
2017 - 2018
2019
Pendapatan bercukai
   RM500,000 pertama
18%
17%
   Baki seterusnya
24%
24%

Okay that’s it for today guys.. Esok InsyaAllah akan post pasal contoh pengiraan kadar cukai syarikat.. Stay Tunedd!!

Monday 24 February 2020

EXAMPLE Section 7(1)(a) - 7(1)(d)

Hye guyss.. Happy mondayzzz semua.. HAHAAHH.. Semoga dipermudahkan urusan kita hari ni. Dibuka pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kita semua.. Aamiinn..

Soo seperti yang dijanjikan, hrini I nak post psl example Section 7(1)(a) hingga 7(1)(d) in case uollss kurang fhm dgn keterangan yang lepas.. Stay Tuned!๐Ÿ˜‰

Section 7(1)(a)

Encik Rayyan berada di Malaysia dalam tempoh berikut :

1/1/2016 - 31/10/2016 (306 hari)
1/1/2017 - 28/2/2017 (59 hari)
1/4/2017 - 31/5/2017 (61 hari)
1/8/2017 - 30/9/2017 (61 hari)

Jawapannya adalah seperti berikut :

Tahun taksiran
Tarikh
Hari
Status
Section
2016
1/1/2016 – 31/10/2016
305 hari
Resident
7(1)(a)
2017
1/1/2017 – 28/2/2017

Non


1/4/2017 – 31/5/2017
181 hari
Resident
-

1/8/2017 – 30/9/2017




Section 7(1)(b)

Encik Badrul berada di Malaysia dalam tempoh berikut :

1/12/2016 - 31/12/2016 (31 hari)
2/1/2017 - 31/3/2017 (89 hari)
1/4/2017 - 30/7/2017 (121 hari)
1/11/2017 - 15/12/2017 (45 hari)

Jawapannya adalah seperti berikut :


Tahun taksiran
Tarikh
Hari
Status
Section
2016
1/12/2016 – 31/12/2016
31 hari
Resident
7(1)(b)
2017
2/1/2017 – 31/3/2017




1/4/2017 – 30/7/2017
255 hari
Resident
7(1)(a)

1/11/2017 – 15/12/2017




Section 7(1)(c)

Encik Kumar berada di Malaysia dalam tempoh berikut :

1/1/2014 - 31/2/2014 (365 hari)
1/1/2015 - 31/1/2015 (31 hari)
1/1/2016-31/8/2016 (244 hari)
1/2/2017 - 31/5/2017 (120 hari)

Jawapannya adalah seperti berikut :

Tahun taksiran
Tarikh
Hari
Status
Section
2014
1/1/2014 – 31/12/2014
365 hari
Resident
7(1)(a)
2015
1/1/2015 – 31/1/2015
31 hari
Resident
7(1)(b)
2016
1/1/2016 – 31/8/2016
244 hari
Resident
7(1)(a)
2017
1/2/2017 – 31/5/2017
120 hari
Resident
7(1)(c)

Section 7(1)(d)

Encik Razik berada di Malaysia dalam tempoh berikut :

1/1/2013 - 31/12/2013 (365 hari)
1/1/2014 - 31/1/2014 (31 hari)
1/1/2015 - 30/11/2015 (334 hari)
1/3/2017 - 31/12/2017 (306 hari)

Jawapannya adalah seperti berikut :

Tahun taksiran
Tarikh
Hari
Status
Section
2013
1/1/2013 – 31/12/2013
365 hari
Resident
7(1)(a)
2014
1/1/2014 – 31/1/2014
31 hari
Resident
7(1)(b)
2015
1/1/2015 – 31/11/2015
334 hari
Resident
7(1)(a)
2016
-
0 hari
Resident
7(1)(d)
2017
1/3/2017 – 31/12/2017
306 hari
Resident
7(1)(a)


Okay itu saja untuk harini.. hrp uolls dpt fahami dgn mudah.. Jumpa next week✋ Assalamualaikum๐Ÿ˜‰

Friday 21 February 2020

STATUS PEMASTAUTIN INDIVIDU MENGIKUT SEKSYEN 7 ITA 1967

HELLO GAIS! 
Harini taknak berceloteh panjang, kali ni punya pos nak straight to the point je okies? aci tak aci tak? heheh aci kat india ๐Ÿ˜‹ Haip haip! Meh I nak sambung share kat you gais TAPI haa sebelum tu I nak ingatkan balik seksyen 7 ITA 1967 terbahagi kepada seksyen (1)(a) sampai seksyen (1)(d). SO jom kita start! ๐Ÿ˜Š


Section(1)(a)
➢ Individu mestilah di Malaysia bagi 182 hari atau lebih dalam suatu tahun asas.

Section(1)(b)
 ➢ Berada di Malaysia kurang daripada 182 hari dalam tahun asas DAN tempoh itu dihubungkan oleh atau kepada tempoh lain sebanyak 182 hari atau lebih hari berturut-turut untuk tahun taksiran yang sebelum atau selepasnya mengikut tahun taksiran itu.

 ➢ Walau bagaimanapun, KEMUDAHAN SEMENTARA di Malaysia dianggap sebagai sebahagian daripada "tempoh 182 hari atau lebih hari berturut-turut untuk tahun taksiran sebelum atau selepas itu tahun taksiran tertentu".

 ➟ Ketiadaan ini berkaitan dengan perkhidmatan pekerja di Malaysia dan disebabkan masalah perkhidmatan atau menghadiri persidangan atau seminar atau belajar di luar negara.

 ➟ Ketiadaan ini disebabkan oleh penyakit yang melibatkan dirinya atau ahli keluarga terdekat (pasangan, anak dan ibu bapa sahaja).

 ➟  Ketiadaan berkaitan dengan sosial lawatan tidak melebihi 14 hari dalam agregat.

 ➢ Bermula 2002, seorang individu layak menjadi pemastautin walaupun dia tidak berada di Malaysia pada 31 Disember dan 1 Januari untuk tahun berikutnya. Tapi mereka dikira ada di Malaysia selama 2 hari.

Section(1)(c)
 ➢  Berada di Malaysia selama 90 hari atau lebih pada tahun asas DAN sekurang-kurangnya 3 daripada 4 tahun taksiran terdahulu, dia sama ada bermastautin di Malaysia selama 90 hari atau lebih.

Section(1)(d)

 ➢ Walaupun dia tidak berada di Malaysia DAN bermastautin di Malaysia selama 3 tahun taksiran sebelum dan selepas tahun asas.

OK thats all for today.. Semoga dapat ilmu yang bermanfaat ye semua ๐Ÿ˜๐Ÿ˜‡
Tapi kan gais nanti I akan post di next entry contoh dia, incase you guys tak faham or keliru yek yek! OK tata titi titu~ ๐Ÿ™‹


p/s: kiranya benda alah ni sebagai penentu status pemastautin lerr! ๐Ÿ’




Thursday 20 February 2020

STATUS PEMASTAUTIN

Hello gais! Seperti yang dijanjikan di blog yang lepas, I akan share dengan u guys okeyy.. ๐Ÿ˜Š
Haaa ajomz kitaaa start! Selamat membacaa ya~


STATUS PEMASTAUTIN INDIVIDU MENGIKUT SEKSYEN 7 ITA 1967

⭆  Secara umumnya, status pemastautin merujuk kepada bilangan hari individu itu di Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 7 (1), ITA 1967.

⭆ Ia juga terbahagi kepada subseksyen iaitu seksyen 7(1)(a), seksyen 7(1)(b), seksyen 7(1)(c) dan seksyen 7(1)(d).

⭆ Mestilah wajib mengikut turutan bermula seksyen 7(1)(a) hinggalah seksyen 7(1)(d). Kalau tak mengikuti kesemua seksyen tersebut maka individu tersebut boleh jadi bukan pemastautin.

⭆ Separuh hari akan dikira sehari penuh di Malaysia.

⭆ Individu akan di anggap pemastautin di Malaysia untuk tahun asas bagi tahun taksiran di bawah seksyen 7(1).

Haaa smpai disini sahaja yg I boleh tulis.. Next week I akan kupaskan lebih lanjut psl tax ni iaitu section 7(1)(a) hingga section 7(1)(d) dengan lebih detail.. Stay tuned! ๐Ÿ˜‰Assalamualikum..๐Ÿ’“


Wednesday 19 February 2020

STATUS PEMASTAUTIN & KEPENTINGANNYA

Good evening peeps! ๐Ÿ˜‡
Pernah dengar tak pasal tax relief hanya yang berkelayakan dan pemastautin di Malaysia sahaja boleh claim. Haa tapi korang tautak status pemastautin ni boleh ditentukan tau.. Ajomm I share dengan u guys tentang status pemastautin ni..


STATUS PEMASTAUTIN
➔ dapat ditentukan di bawah seksyen 7, ITA 1967.
➔ secara umumnya, ia ditentukan oleh bilangan hari individu berada di Malaysia.


TAPI APA KEPENTINGANNYA?


Pemastautin
Bukan Pemastautin
Kadar cukai
0% hingga 28%
28% atau 15% atau 10%
Tolakan cukai
Berhak
Tidak berhak
Rebat cukai untuk pendapatan bercukai bawah RM35,000
Berhak
Tidak berhak
Pendapatan penggajian jika kurang 60 hari
Dikecualikan darpada cukai
Boleh dikenakan cukai
Pendapatan perniagaan
Boleh dikenakan cukai jika pendapatan diterima di Malaysia
Boleh dikenakan cukai jika melalui sebuah pertubuhan tetap


OK, itu sahaja untuk harini.. Nanti I nak share lebih lanjut tentang status pemastautin bagi individu based on sekyen 7 ITA 1967. Nanti boleh tekan kat next post okiessss! ๐Ÿ˜˜