Thursday 30 January 2020

3 JENIS AUDIT

Assalamualaikum gaiss.. Selamat pagi.. Semoga hari uolls berjalan dengan lancar hrini.. Aamiin.

So, Harini I nak cerita tentang jenis2 audit.. Audit terdapat tiga jenis iaitu :

1. Audit Penyata Kewangan
- Dikenali sebagai audit berkanun
- Untuk menentukan sama ada penyata kewangan keseluruhan dinyatakan mengikut kriteria yang ditetapkan; Standard Pelaporan Kewangan oleh MASB dan Akta Syarikat 2016.

2. Audit operasi
- Mengenilai kecekapan dan keberkesanan mana-mana bahagian prosedur dan kaedah operasi organisasi.
- Dalam penyelesaian audit operasi, biasanya menjangkakan cadangan untuk meningkatkan operasi.

3. Audit pematuhan
- Untuk menentukan apakah auditee mengikuti prosedur, peraturan atau peraturan tertentu yang ditetapkan oleh beberapa pihak berkuasa yang lebih tinggi.

Okay itu saja daripada saya hrini.. Byeee👋😉

Wednesday 29 January 2020

KELEBIHAN AUDIT


Assalamualaikum semua👋 Apa khabar semua hrini? Sihat? klau tak sihat pergi jumpa doktor dan makan ubat tau😘 Okay hrini I nak cerita pasal kelebihan audit..


KELEBIHAN AUDIT


Menemui dan mencegah kesilapan
  • Semasa memeriksa buku, juruaudit mengesan beberapa kesilapan. Terdapat pelbagai jenis kesilapan. Oleh itu, audit sangat berguna dalam mencegah penipuan.

> Menemui dan mencegah penipuan
  • Penipuan ialah kesalahan yang dibuat oleh seseorang dengan sengaja. Oleh itu, audit dapat mengesan penipuan yang berlaku dan auditor boleh beri cadangan untuk elakkan penipuan.

> Pemeriksaan moral
  • Semua pekerja dalam syarikat mengetahui bahawa transaksi kewangan disemak oleh juruaudit. Oleh itu, mereka takut untuk membuat penipuan.

> Pendapat bebas
  • Juruaudit ialah orang luar daripada syarikat. Jadi, pandangan atau pendapat audit tidak dipengaruhi oleh orang lain.

> Melindungi kepentingan pemegang saham
  • Jika syarikat yang mempunyai ramai pemegang saham, pemegang saham bergantung terhadap audit untuk mengekalkan kedudukan syarikat dengan baik dan kepentingan mereka tidak diabaikan.

> Menyemak pengarah
  • Audit membuat pemeriksaan ke atas pengarah untuk langkah berjaga - jaga jika ada penipuan.

Thats it for today.. bye guyss😉


Tuesday 28 January 2020

KEPENTINGAN AUDIT

ALOHAA GAISS!
Ececehh  feeling-feeling di Hawaii gittew~

SO, kalau sebelum ni  I cakap pasal kelebihan audit, harini I nak share kepentingannya pulak.. HAA korang tahu tak kenapa pentingnya syarikat perlu diaudit? AJOM I share 3 kepentingan audit :

- Konflik Kepentingan
  • Mungkin timbul sewaktu pengarah cuba untuk memenuhi tanggungjawab mereka terhadap pemegang saham.
  • Oleh itu, audit dapat menjamin bahawa prestasi syarikat dikekalkan dengan baik dan kepentingan pemegang saham tidak diabaikan.
- Kerumitan
  • Apabila sesebuah organisasi membesar dan banyak cawangan dibuka, ianya akan menjadi sukar untuk diuruskan. 
  • Oleh itu, juruaudit boleh menyemak dan meningkatkan ekonomi syarikat.
- Keterpencilah
  • Pengasingan antaran pemilik (Pemegang saham)  dan operator perniagaan (Pengarah & Pengurusan) seperti yang dikehendaki oleh Akta Syarikat 2016 membuatkan pemilik tidak dapat mengawal syarikat.
  • Oleh itu, audit penting untuk bertindak dan memeriksa terhadap pengarah dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap penipuan yang dibuat oleh pihak pengurusan.
OK, itu sahaja ya.. Semoga sedikit info ini dapat bagi manfaat kepada semua..

Friday 24 January 2020

APA ITU AUDIT

Hyee guysss!! Semalam I dah jnji nk story ape itu audit kan? Stay Tuned!

Tau tak, uolls kene simpan rekod, dokumen dan helaian kerja uoll selama 7 tahun untuk tujuan pengAUDITAN. Haaa~ Audit tu ape? mesti ada yg tak tau kan? So sbbtu hrini I nak cerita tentang audit..

Audit ni penting untuk Syarikat kerana syarikat mempunyai pemegang saham (pemilik syarikat). Dan pemegang saham perlulah melindungi aset mereka didalam syarikat daripada diseleweng atau lain - lain. Oleh itu, audit berfungsi untuk memeriksa akaun syarikat dan memastikan akaun syarikat tepat dan tiada kesalahan.

Audit adalah sistematik dan bebas pemeriksaan buku-buku, akaun, rekod berkanun, dokumen dan baucer sebuah organisasi untuk menentukan seberapa jauh penyata kewangan serta bukan pendedahan kewangan hadir secara benar dan adil melihat kebimbangan. Ia juga untuk memastikan buku-buku akaun dijaga dengan baik oleh kebimbangan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Audit memberikan pihak ketiga jaminan untuk pelbagai pihak yang berkepentingan seperti pemegang saham.  

Sebagai hasil dari audit, ianya berkesan menilai dan meningkatkan keberkesanan risiko pengurusan, kawalan, dan urus proses lebih perkara itu.


One more thing I nak bgtau.. Audit ni hanya untuk company SAHAJA tauu.. sama ada Sdn Bhd atau Bhd.. Enterprise tak perlu pun audit ni ðŸ˜‰

Thursday 23 January 2020

TAJUK HARI INI.....

TAKDE TAJUK GAIS... TAKDE TAJUKKKK!

Hehehehe gurau je.. So, uolls tautak lepas akaun uols dah siap, uols buat apa? Haa mesti ramai yang taktau kannnnnnn~

Jadi lepas akaun uols dah siap, uols kena buat audit. Tapi apa itu audit???


.


.


.


.


.



.



.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.

Kalau nak tau boleh klik di next post yaa!

Wednesday 22 January 2020

KONSEP - KONSEP PERAKAUNAN

Good morning everyone.. Dah breakfast belum? Jgn skip breakfast tau bahaya untuk tubuh badan.. Badan kita kan nak guna lama.. Nanti elok2 bisnes tgh membangun pastu korang sakit plak.. Haa kan susah.. Hahahahaah.. Dah2 Jom kita serius..

So today I nak share dkt uolls tentang konsep perakaunan. Kalau nak buat akaun mestilah kene tau basic dan konsep2 dia kan.. So konsep perakaunan ada 11.. And I will share dkt uolls kesebelas info tersebut.  Stay tuned!!!

1) Konsep wang sebagai ukuran


- Wang merupakan unit ukuran dalam urus niaga perniagaan.

- Dengan merekodkan urus niaga dalam nilai mata wang, ia dapat memudahkaN  penghitungan nilai urus niaga.

- Setiap negara mempunyai unit mata wang sendiri, unit mata wang yang digunakan di negara kita ialah Ringgit Malaysia.

- Contoh: Beli 100 buah beg bernilai RM300 dicatatkan untuk belian.


2) Konsep Catatan Bergu

- Berdasarkan prinsip catatan bergu, setiap urus niaga harus direkodkan sekurang-kurangnya dua kali dalam akaun yang berasingan pada masa dan jumlah yang sama, iaitu satu akaun didebitkan dan satu lagi akaun dikreditkan.

- Jumlah debit harus sama dengan jumlah kredit. Dengan itu, sistem catatan bergu dapat   membolehkan kita menyemak ketepatan merekod.

- Contoh: jualan barang niaga dengan harga RM500 secara tunai. akaun jualan dikreditkan denga RM500 manakala akaun tunai didebitkan dengan RM500.


3) Konsep Entiti

- Dalam perakaunan, pemilik perniagaan dan perniagaan dianggap sebagai entiti   berasingan.

- Dengan itu, hanya urus niaga yang berkaitan dengan perniagaan sahaja direkodkan dalam buku perniagaan.

- Urus niaga peribadi pemilik tidak boleh direkodkan di dalam buku perniagaan.

- Contoh: Pemilik mengeluarkan wang tunai RM200 untuk membayar yuran peperiksaan anaknya dianggap sebagai ambilan dan tidak boleh dianggap sebagai belanja perniagaan.



4) Konsep berkala

- Sesebuah perniagaan diandaikan akan beroperasi berterusan untuk jangka masa yang  panjang.

- Walau bagaimanapun, untuk membolehkan laporan prestasi perniagaan dibuat dan   dibandingkan, hayat perniagaan dibahagikan kepada jangka masa tertentu yang dikenali   sebagai tempoh perakaunan.

-Tempoh perakaunan mungkin setahun, setengah tahun dan sebagainya.

-Contoh: jika tempoh perakaunan sesebuah perniagaan adalah setahun dan ia bermula dari 1 Januari, maka ia akan berakhir pada 31 Disember.



5) Konsep kos sejarah

- Menurut konsep kos sejarah, semua urus niaga harus direkod mengikut harga belian atau kos belian.

- Amaun tersebut akan direkodkan dalam buku perakaunan walaupun berlaku turun naik harga dipasaran bagi barang tersebut.

- Kos belian merupakan satu nilai yang objektif kerana harga tersebut terbukti dalam dokumen perniagaan.

- Contoh: Sebuah perniagaan membeli sebuah kenderaan dengan harga RM25 000 pada tahun 2003. Walaupun nilainya telah jatuh menjadi RM24 000 pada tahun 2004, ia masih dicatat sebagai RM25 000 dalam buku perakaunan. 


6) Konsep berterusan

- Perniagaan diandaikan akan beroperasi secara berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang.

- Konsep ini berkaitan dengan kos sejarah iaitu dengan andaian ini, semua aset perniagaan harus direkod pada harga belian atau kos sejarah.


 7) Konsep pemadanan



- Mengikut prisip pemadanan, hasil bagi suatu tempoh perakaunan harus dipadankan dengan perbelanjaan bagi tempoh tersebut untuk mendapat untung atau rugi bersih bagi tempoh berkenaan.


- Untung atau rugi sesebuah perniagaan tidak boleh dikira berdasarkan penerimaan atau pembayaran dalam satu tempoh masa.

- Pendapatan bagi satu tempoh perakaunan adalah wang yang sepatutnya diterima bagi tempoh tersebut, sama ada sudah diterima atau belum diterima.

- Begitu juga belanja bagi satu tempoh perakaunan, ia merupakan wang yang sepatutnya dibayar bagi tempoh tersebut, sama ada sudah dibayar atau belum dibayar.

- Contoh: Premium insurans perniagaan adalah RM500 setahun tetapi jumlah premium yang sudah dibayar bagi satu tahun ialah RM400 dan RM100 dibayar pada tahun berikutnya. Jumlah yang sebenarnya ditolak daripada untung kasar ialah RM500 iaitu jumlah yang sepatutnya dibayar pada tahun tersebut.



8) Konsep konsistensi

- Konsep ketekalan menyatakan sesebuah perniagaan harus mengekalkan kaedah perakaunan yang telah ditetapkan untuk beberapa tempoh perakaunan yang berterusan.

- Contohnya, jika kaedah susut nilai aset tetap secara ansuran tetap digunakan untuk menyusutnilai kenderaan, maka ia akan diamalkan secara berterusan untuk tahun-tahun seterusnya.

- Konsep ketekalan yang diamalkan membolehkan perbandingan dibuat.



9) Konsep materialiti

- Menurut konsep materialiti, nilai yang dianggap dapat memberi kesan kepada penyata kewangan akan direkodkan.

- Nilai kecil yang tidak memberi kesan kepada penyata kewangan dianggap tidak material dan tidak perlu dimasukkan ke dalam Kunci Kira-kira.

- Contoh: Sebuah buku panduan poskod dibeli dengan harga RM5.00 untuk kegunaan pejabat tidak direkodkan sebagai aset dalam Kunci Kira-kira kerana nilainya adalah kecil walaupun boleh digunakan untuk jangka masa panjang.




10) Konsep Realization
- Prinsip bahawa keuntungan direkod pada masa barang niaga diberikan kepada pelanggan, bukan semasa pelanggan memesan barangan




11) Konsep konservatisme (Prudence)
- Konsep ini memerlukan perusahaan untuk tidak menjangka apa- apa keuntungan sehingga diperoleh tetapi untuk menyediakan semua kerugian yang dijangka.

- Peraturan untuk menilai asset semasa (selain tunai) pada kos lebih rendah, dan nilai realisasi resit yang lebih rendah daripada kos

Tuesday 21 January 2020

KITARAN PERAKAUNAN


Good afternoon everybody.. how was your day? Heheeheh ptg2 ni mengantuk la plak mata.. tpi I gagahi mata dan jari jemari I untuk update info terbaru khas untuk uolls semua. So hrini I nak story pasal kitaran perakaunan. Stay Tunedddd!!!

Kitaran Perakaunan merupakan urutan tatacara perakaunan yang berlaku dama satu tempoh perakaunan di mana ianya bermula daripada mengelas, merekod dan meringkaskan maklumat. Peringkat-peringkat kitaran ini dilakukan mengikut turutan secara tertib dan sistematik.





Peringkat 1 - Dokumen Sumber / Perniagaan
Merekod urusniaga perniagaan ke dalam buku perniagaan seperti invois, nota kredit, resit, baucar dan sebagainya.

Peringkat 2 - Buku Catatan Pertama
Merekod maklumat daripada dokumen-dokumen perniagaan ke dalam Buku Catatan Pertama seperti Jurnal Am, Jurnal Jualan, Jurnal Belian, Jurnal Pulangan Jualan, Jurnal Pulangan Belian dan Buku Tunai.

Peringkat 3 - Pengeposan ke Lejar
Memindahkan catatan daripada Buku Catatan Pertama ke dalam akaun-akaun di dalam lejar.

Peringkat 4 - Penyediaan Imbangan Duga
Mengimbangkan semua akaun-akaun ke dalam lejar dan kreditkan dalam Imbangan Duga.

Peringkat 5 - Pelarasan
Membuat pelarasan pada akaun sekiranya ada.

Peringkat 6 - Imbangan Duga Terlaras
Selepas pelarasan dilakukan, Imbangan Duga akan disediakan semula.

Peringakt 7 - Penyediaan Penyata Kewangan
Penyata Kewangan terdiri daripada Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

Peringkat 8 - Catatan Penutupan
Dibuat setelah penyata kewangan siap disediakan. 




Monday 20 January 2020

DOKUMEN PERNIAGAAN

Welcome back peeps!
Wishing you a niceuuu Monday ~
Harini Ioulls nak bercerita tentang *drumroll please* haaaa baca apatu tajuk kitaa.. ehehe xD
OK untuk pengetahuan uols dokumen perniagaan ada banyak jenis tau dan penting juga dalam sesebuah perniagaan.. Haa meh ioulls nak share untuk uols semuaaaaa..


Jenis dan Fungsi Dokumen Perniagaan :

Borang Pesanan
·  Dihantar oleh pembeli kepada penjual untuk membuat pesanan.
·  Transaksi ini tidak dicatat dalam mana-mana buku perakaunan perniagaan.



Invois
·  Digunakan dalam urusniaga jualan dan belian kredit.
·   Direkodkan dalan Jurnal Jualan dan Jurnal Belian.
·   Terdapat butiran penting seperti :
-          Angkutan dibayar - Penjual menanggung kos pengangkutan.
-          Diskaun niaga - Potongan diberi dalam harga senarai jika belian dalam kuantiti yang banyak.
-          Diskaun tunai - Potongan daripada jumlah bayaran jika dibuat dalam tempoh tertentu (segera).
-          K & K diK - Sebarang kesilapan atau ketinggalan hanya boleh dibetulkan oleh penjual melalui nota debit dan nota kredit.



Nota Debit
·   Dokumen dihantar penjual kepada pembeli.
·  Menambah bayaran yang terkurang caj dalam invois asal.
·    Direkodkan dalam Jurnal Jualan jika nota debit salinan dan Jurnal Belian jika nota debit asal.
·   Invois tambahan yang akan menambahkan hutang pembeli kepada penjual.
·    Sebab invois terkurang caj :
-          Catatan tertinggal dalam invois.
-          Kesilapan pengiraan.
-          Faedah dikenakan kerana pembeli lewat menjelaskan bayaran.


Nota Kredit
·  Dokumen yang dihantar penjual kepada pembeli.
·   Mengurangkan jumlah hutang yang dibayar.
·   Nota Kredit asal direodkan dalam Jurnal Pulangan Belian manakala Nota Kredit salinan direkodkan dalam Jurnal Pulangan Jualan.
·     Sebab mengurangkan jumlah hutang :
-          Pembeli memulangkan bekas kosong yang dicaj dalam invois.
-          Pembeli memulangkan barangan yang rosak atau tersalah.
-          Berlaku pengiraan dalam invois yang terlebih kira.
-          Elaun atau komisen diberikan kepada pembeli.


Penyata Akaun
·  Senarai semakan untuk mengingatkan penghutang tentang bayaran hutangnya.
·   Menunjukkan urusniaga yang berlaku antara pembeli dan penjual bagi bulan berkenaan.



Cek
·   Kaedah pembayaran yang selamat kerana risiko kecurian dan penyelewengan dapat diatasi.
·     Direkod dalam Jurnal Pembayaran Tunai / Buku Tunai.


Keratan Cek
·   Dokumen rujukan yang menunjukkan pembayaran dilakukan menggunakan cek.
·    Direkod dalam Jurnal Pembayaran Tunai / Buku Tunai.



Resit
·   Dikeluarkan sebagai bukti akuan penerimaan tunai / cek.
·    Resit asal menunjukkan peniaga telah membuat pembayaran manakala resit salinan adalah bukti peniaga menerima bayaran.
·     Direkod dalam Jurnal Penerimaan dan Pembayaran Tunai / Buku Tunai.



Slip Bank
·   Bukti peniaga membuat penyimpanan wang tunai / cek.
·    Slip asal adalah simpanan bank manakala salinan adalah untuk peniaga sebagai maklumat untuk direkodkan.
·    Direkodkan dalam Jurnal Penerimaan Tunai / Buku Tunai.


Thursday 16 January 2020

APA ITU PERAKAUNAN

Haaa!! semalam kita dah citer pasal akaun semasa so sekarang kita akan mulakan citer pasal apa itu akaun dan kenapa pentingnya akaun kepada perniaga-perniaga dan usahawan-usahawan di luar sana… sooo stay tuned !!!


Firstly, apa itu perakaunan?

Perakaunan merupakan satu aktiviti penyampaian maklumat kewangan sesebuah entiti perniagaan kepada pengguna berkepentingan seperti pemegang saham dan pengurus. Kebiasaannya ia dipersembahkan dalam bentuk penyata kewangan. 

Perakaunan terbahagi kepada 2 cabang asas iaitu;
-Perakaunan kewangan 
-Perakaunan pengurusan

Perakaunan Pengurusan
Perakaunan Kewangan
Perakaunan Pengurusan menyediakan maklumat kepada para pengurus syarikat atau hak dalaman syarikat yang merancang, menyusun, memimpin dan mengawal operasi
Perakauan kewangan menyediakan maklumat kepada pihak luar syarikat seperti pembekal, pelabur, pelanggan, bank dan agensi kerajaan


Tujuan perakaunan diwujudkan adalah untuk memastikan ketepatan kewangan yang berguna untuk pengurus, penguatkuasa korporat dan pemegang-pemegang berkepentingan yang lain. Penyimpanan rekod harian yang terlibat dalam proses ini dikenali sebagai simpan kira. Sistem catatan bergu merupakan unsur terpenting bagi perakaunan kewangan moden. Sistem ini melibatkan kemasukan sekurang-kurangnya dua catatan bagi setiap transaksi yang dibuat dalam aliran perniagaan. Jumlah kesemua catatan debit mestilah sentiasa menyamai jumlah kesemua catatan kredit. Ini adalah bagi memudahkan penyemakan kesilapan dalam akaun.
Kepentingan Akaun Dalam Perniagaan ?
Membina sebuah perniagaan yang menguntungkan bukanlah suatu yang berlaku secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata tetapi ianya memerlukan perancangan serta kaedah penyediaan rekod kewangan yang sistematik untuk membantu usahawan memantau pendapatan dan perbelanjaan perniagaan.
Sama ada untung atau rugi, sistem perakaunan telah berfungsi sebagai alat pengukuran kecekapan pengurusan sesebuah perniagaan.
Jika kita sebagai usahawan tidak ingin berubah mengikut arus kemodenan, kita akan ketinggalan! Ayuh, mulakan perubahan anda hari ini!

Mengapa sistem akaun penting🤔?
  • Meningkatan daya saing.
  • Kenal pasti kelemahan kewangan
  • Membantu proses audit
  • Memudah perancangan masa depan.

Kepentingan akaun untuk usahawan dan syarikat 

1. Alat Pengukur
-Melalui laporan-laporan perakaunan seperti BALANCE SHEET,INCOME STATEMENT dan CASHFLOW STATEMENT kita akan mendapatkan gambaran sebenar tahap prestasi syarikat dan perniagaan

2. Cukai dan Audit
-Semua rekod-rekod perakaunan syarikat perlu disimpan selama 7 tahun perakaunan. Ianya juga diperlukan bagi memudahkan urusan pengiraan cukai dan pengauditan

3. Dokumen Penting Bagi Mendapatkan Kelulusan Pinjaman
-Akaun yang lengkap merupakan dokumen utama yang akan diminta oleh pegawai bank apabila kita ingin membuat pinjaman daripada mana-mana institusi perbankan atau agensi lain seperti MARA, TEKUN, SEDIA, PNB dan sebagainya

4. Perancangan Masa Depan
-Contohnya jika seorang usahawan ingin mengeluarkan produk baru, maka rekod-rekod lampau kos-kos yang terlibat perlu dirujuk bagi mendapatkan gambaran kos yang terlibat

So.. itu saja untuk hari ini. Kalau uoll nak tahu lebih lagi pasal perakaunan jangan lupa kita jumpa minggu depan kkk !!! SO BYE !