Good morning everyone.. Dah breakfast belum? Jgn skip
breakfast tau bahaya untuk tubuh badan.. Badan kita kan nak guna lama.. Nanti
elok2 bisnes tgh membangun pastu korang sakit plak.. Haa kan susah.. Hahahahaah..
Dah2 Jom kita serius..
So today I nak share dkt uolls tentang konsep perakaunan.
Kalau nak buat akaun mestilah kene tau basic dan konsep2 dia kan.. So konsep perakaunan ada 11.. And I will share dkt uolls kesebelas info tersebut. Stay tuned!!!
1) Konsep wang sebagai ukuran
- Wang merupakan unit ukuran dalam urus niaga perniagaan.
- Dengan merekodkan urus niaga dalam nilai mata wang, ia
dapat memudahkaN penghitungan nilai urus
niaga.
- Setiap negara mempunyai unit mata wang sendiri, unit mata
wang yang digunakan di negara kita ialah Ringgit Malaysia.
- Contoh: Beli 100 buah beg bernilai RM300 dicatatkan untuk
belian.
2) Konsep Catatan Bergu
- Berdasarkan prinsip catatan bergu, setiap urus niaga harus
direkodkan sekurang-kurangnya dua kali dalam akaun yang berasingan pada masa
dan jumlah yang sama, iaitu satu akaun didebitkan dan satu lagi akaun
dikreditkan.
- Jumlah debit harus sama dengan jumlah kredit. Dengan itu,
sistem catatan bergu dapat membolehkan
kita menyemak ketepatan merekod.
- Contoh: jualan barang niaga dengan harga RM500 secara
tunai. akaun jualan dikreditkan denga RM500 manakala akaun tunai didebitkan
dengan RM500.
3) Konsep Entiti
- Dalam perakaunan, pemilik perniagaan dan perniagaan
dianggap sebagai entiti berasingan.
- Dengan itu, hanya urus niaga yang berkaitan dengan
perniagaan sahaja direkodkan dalam buku perniagaan.
- Urus niaga peribadi pemilik tidak boleh direkodkan di dalam
buku perniagaan.
- Contoh: Pemilik mengeluarkan wang tunai RM200 untuk
membayar yuran peperiksaan anaknya dianggap sebagai ambilan dan tidak boleh
dianggap sebagai belanja perniagaan.
4) Konsep berkala
- Sesebuah perniagaan diandaikan akan beroperasi berterusan
untuk jangka masa yang panjang.
- Walau bagaimanapun, untuk membolehkan laporan prestasi
perniagaan dibuat dan dibandingkan,
hayat perniagaan dibahagikan kepada jangka masa tertentu yang dikenali sebagai tempoh perakaunan.
-Tempoh perakaunan mungkin setahun, setengah tahun dan
sebagainya.
-Contoh: jika tempoh perakaunan sesebuah perniagaan adalah
setahun dan ia bermula dari 1 Januari, maka ia akan berakhir pada 31 Disember.
5) Konsep kos sejarah
- Menurut konsep kos sejarah, semua urus niaga harus direkod
mengikut harga belian atau kos belian.
- Amaun tersebut akan direkodkan dalam buku perakaunan
walaupun berlaku turun naik harga dipasaran bagi barang tersebut.
- Kos belian merupakan satu nilai yang objektif kerana harga
tersebut terbukti dalam dokumen perniagaan.
- Contoh: Sebuah perniagaan membeli sebuah kenderaan dengan
harga RM25 000 pada tahun 2003. Walaupun nilainya telah jatuh menjadi RM24 000
pada tahun 2004, ia masih dicatat sebagai RM25 000 dalam buku perakaunan.
6) Konsep berterusan
- Perniagaan diandaikan akan beroperasi secara berterusan
untuk suatu jangka masa yang panjang.
- Konsep ini berkaitan dengan kos sejarah iaitu dengan
andaian ini, semua aset perniagaan harus direkod pada harga belian atau kos
sejarah.
7) Konsep pemadanan
- Mengikut prisip pemadanan, hasil bagi suatu tempoh
perakaunan harus dipadankan dengan perbelanjaan bagi tempoh tersebut untuk
mendapat untung atau rugi bersih bagi tempoh berkenaan.
- Untung atau rugi sesebuah perniagaan tidak boleh dikira
berdasarkan penerimaan atau pembayaran dalam satu tempoh masa.
- Pendapatan bagi satu tempoh perakaunan adalah wang yang
sepatutnya diterima bagi tempoh tersebut, sama ada sudah diterima atau belum
diterima.
- Begitu juga belanja bagi satu tempoh perakaunan, ia
merupakan wang yang sepatutnya dibayar bagi tempoh tersebut, sama ada sudah
dibayar atau belum dibayar.
- Contoh: Premium insurans perniagaan adalah RM500 setahun
tetapi jumlah premium yang sudah dibayar bagi satu tahun ialah RM400 dan RM100
dibayar pada tahun berikutnya. Jumlah yang sebenarnya ditolak daripada untung
kasar ialah RM500 iaitu jumlah yang sepatutnya dibayar pada tahun tersebut.
8) Konsep konsistensi
- Konsep ketekalan menyatakan sesebuah perniagaan harus
mengekalkan kaedah perakaunan yang telah ditetapkan untuk beberapa tempoh
perakaunan yang berterusan.
- Contohnya, jika kaedah susut nilai aset tetap secara
ansuran tetap digunakan untuk menyusutnilai kenderaan, maka ia akan diamalkan
secara berterusan untuk tahun-tahun seterusnya.
- Konsep ketekalan yang diamalkan membolehkan perbandingan
dibuat.
9) Konsep materialiti
- Menurut konsep materialiti, nilai yang dianggap dapat
memberi kesan kepada penyata kewangan akan direkodkan.
- Nilai kecil yang tidak memberi kesan kepada penyata
kewangan dianggap tidak material dan tidak perlu dimasukkan ke dalam Kunci
Kira-kira.
- Contoh: Sebuah buku panduan poskod dibeli dengan harga
RM5.00 untuk kegunaan pejabat tidak direkodkan sebagai aset dalam Kunci
Kira-kira kerana nilainya adalah kecil walaupun boleh digunakan untuk jangka
masa panjang.
10) Konsep Realization
-
Prinsip bahawa keuntungan direkod pada masa barang niaga diberikan kepada
pelanggan, bukan semasa pelanggan memesan barangan
11) Konsep konservatisme (Prudence)
- Konsep ini memerlukan perusahaan untuk tidak menjangka apa-
apa keuntungan sehingga diperoleh tetapi untuk menyediakan semua kerugian yang
dijangka.
- Peraturan untuk menilai asset semasa (selain tunai) pada
kos lebih rendah, dan nilai realisasi resit yang lebih rendah daripada kos
No comments:
Post a Comment