Tuesday 21 January 2020

KITARAN PERAKAUNAN


Good afternoon everybody.. how was your day? Heheeheh ptg2 ni mengantuk la plak mata.. tpi I gagahi mata dan jari jemari I untuk update info terbaru khas untuk uolls semua. So hrini I nak story pasal kitaran perakaunan. Stay Tunedddd!!!

Kitaran Perakaunan merupakan urutan tatacara perakaunan yang berlaku dama satu tempoh perakaunan di mana ianya bermula daripada mengelas, merekod dan meringkaskan maklumat. Peringkat-peringkat kitaran ini dilakukan mengikut turutan secara tertib dan sistematik.





Peringkat 1 - Dokumen Sumber / Perniagaan
Merekod urusniaga perniagaan ke dalam buku perniagaan seperti invois, nota kredit, resit, baucar dan sebagainya.

Peringkat 2 - Buku Catatan Pertama
Merekod maklumat daripada dokumen-dokumen perniagaan ke dalam Buku Catatan Pertama seperti Jurnal Am, Jurnal Jualan, Jurnal Belian, Jurnal Pulangan Jualan, Jurnal Pulangan Belian dan Buku Tunai.

Peringkat 3 - Pengeposan ke Lejar
Memindahkan catatan daripada Buku Catatan Pertama ke dalam akaun-akaun di dalam lejar.

Peringkat 4 - Penyediaan Imbangan Duga
Mengimbangkan semua akaun-akaun ke dalam lejar dan kreditkan dalam Imbangan Duga.

Peringkat 5 - Pelarasan
Membuat pelarasan pada akaun sekiranya ada.

Peringkat 6 - Imbangan Duga Terlaras
Selepas pelarasan dilakukan, Imbangan Duga akan disediakan semula.

Peringakt 7 - Penyediaan Penyata Kewangan
Penyata Kewangan terdiri daripada Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

Peringkat 8 - Catatan Penutupan
Dibuat setelah penyata kewangan siap disediakan. 




No comments:

Post a Comment