Tuesday 7 January 2020

START YOUR BUSINESS NOW!!

Hye guyss.. mcm mne dengan perjalanan tahun 2020 korang? hahhaahahah I tau msti ade yg plan nk buat busines, syarikat dan sebagainya. Yang baru berjinak jinak nak mulakan perniagaan tu korg tau tak mcm mne nk dftarkan perniagaan korang? mesti ade yang blurr blurr lg kan.. hrini I nk cerita mcm mne nak daftar perniagaan dekat SSM. Stay Tuned!!

Bagaimana untuk mendaftarkan perniagaan tunggal & perkongsian?
πŸ“Pemilik perniagaan atau orang yang bertanggungjawab hendaklah mendaftarkan perniagaan (pemilik tunggal/perkongsian) tidak lewat 30 HARI dari tarikh permulaan perniagaan.
πŸ“Pendaftaran boleh dibuat dimana-mana kaunter SSM atau secara dalam talian melalui perkhidmatan Ezbiz Online di ezbiz.ssm.com.my
πŸ“Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan NAMA SENDIRI atau NAMA TRADE.
Nama sendiri – Perniagaan yang menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan kelulusan nama
Nama Trade – Lengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan (Borang PNA.42)
Kelulusan nama perniagaan tertakluk kepada Kaedah 15, Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.
πŸ“ Pendaftaran baru perniagaan boleh boleh dibuat bagi jangka masa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
☑️SIAPA yang boleh menghantar permohonan?
Pemilik Perniagaan/Semua rakan kongsi
☑️BERAPA YURAN yang dikenakan?
Nama trade – RM60 setahun
Nama sendiri – RM30 setahun
Cawangan. – RM5 setahun bagi setiap
cawangan

So mcm mne? Senang je kan? Goodluck guyss!! FightingπŸ’ͺ

No comments:

Post a Comment