Monday 13 January 2020

APA ITU AKAUN SEMASA?

Hye guyss.. Apa khabar semua? dah lama tak menulis hikhik 😆.. So korang tau tak nak buat ape lepas daftar SSM business korang? mesti tak ramai yang tau. Lepas daftar SSM uolls kne bukak akaun semasa untuk business uolls. So korang rse kenapa kene guna akaun semasa dan kenapa tak boleh guna akaun saving? Haaa hrini I nak story skit pasal akaun semasa. Stay tuned!


So apa itu akaun semasa?

Akaun semasa adalah akaun deposit yang membolehkan anda untuk membuat bayaran dalam bentuk cek. Untuk perniagaan, terdapat keperluan untuk seseorang yang diberi kuasa untuk menandatangani cek ini - jika terdapat apa-apa perubahan dalam penandatangan, bank itu akan diberitahu segera. Apa-apa pengeluaran daripada akaun anda boleh dibuat sama ada dengan kad ATM, kad debit, dan bahkan cek tersebut.

Banyak bank menawarkan kadar faedah yang menarik untuk akaun semasa, tetapi hanya dengan tahap yang SANGAT tinggi iaitu deposit RM1 juta dan ke atas. Jadi, anda perlukan jumlah wang yang besar dan wang yang sedia ada pada bila-bila masa, tetapi jika untuk menyimpan jumlah wang yang besar untuk kurang dari 1 bulan, mungkin lebih baik anda simpan di Akaun Simpanan.
Akaun semasa sebenarnya hampir sama dengan akaun simpanan dengan pengecualian yang membolehkan anda untuk menulis cek

Akaun semasa ni lebih sesuai untuk perniagaan kerana ditawarkan bersama kemudahan menggunakan cek. Pengguna boleh mengeluarkan cek untuk membuat bayaran. Akaun semasa juga mempunyai kemudahan kad debit bagi pengguna persendirian serta juga boleh menggunapakai perkhidmatan pindahan dana sama seperti akaun simpanan. Berbeza daripada akaun simpanan, akaun semasa boleh mengenakan caj ke atas pengguna sekiranya simpanan kurang daripada nilai tertentu. Kebiasaanya, akaun semasa tidak membayar faedah/hibah. Namun berikutan kecairan yang berkurangan, bank hari ini mula memberi bayaran faedah/hibah untuk duit dalam akaun semasa. 

AKAUN SEMASA
AKAUN SIMPANAN
DEPOSIT TETAP
KEMUDAHAN
MENGGUNAKAN  CEK
×
×
PERBANKAN ONLINE
×
ATM/DEBIT
×
KEMUDAHAN
 PENGELUARAN
×
FAEDAH/HIBAH
RENDAH
SEDERHANA
TINGGI

Jadi apa beza dengan akaun simpanan? Banyak je faedah guna akaun simpanan berbanding akaun semasa. Mesti ada yang fikir macam tu. Akaun semasa adalah produk yang disesuaikan untuk tujuan perniagaan. Manakala akaun simpanan seperti namanya, untuk simpanan.
Memandangkan akaun semasa adalah untuk tujuan perniagaan, pengguna akaun semasa boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan overdraf. Jumlah overdraf yang boleh digunakan bergantung kepada rekod kredit pengguna serta keperluan perniagaan. Dengan adanya overdraf, ini memudahkan kecairan aliran tunai untuk keperluan perniagaan.
Satu lagi kelebihan akaun semasa adalah bank juga ada menawarkan akaun semasa dalam bentuk matawang asing seperti USD, SGD, AUD, dan beberapa matawang lain. Namun, ini hanya terbuka kepada perniagaan yang mempunyai perniagaan import dan export untuk memudahkan proses perniagaan.
Kita sudah lihat bagaimana akaun semasa digunakan. Dan tadi kita ada menyentuh pembayaran hibah ke atas dana dalam akaun semasa. Dahulunya, akaun semasa cuma ditadbir menggunakan konsep al-Wadiah.
Tetapi bank hari ini telah beralih kepada konsep mudharabah berasaskan komoditi. Ini menguntungkan para pengguna kerana keuntungan hasil pelaburan yang diperoleh pihak bank perlu disalurkan kembali kepada para pengguna.

No comments:

Post a Comment