Wednesday 15 January 2020

CARA MEMBUKA AKAUN SEMASA

Hye guyss.. Soo uolls dah baca blum blog yang lepas? I ade cerita pasal akaun semasa kan. So hrini I nak kongsi ilmu macam mana nak bukak akaun semasa. tak susah pun.. Stay tuned!!

First, uolls kene plan nak buat akaun semasa tu dkt bank mne. I suggest U pilih bank yang terdekat dengan bisnes uolls sbb nanti senang nak buat urusan keluar masuk duit. Am i right~

After that, uolls kne make sure sbelum uolls pergi uolls kne bwk dokumen2 ni dlu :-
  1. U kene bawak Slip pendaftaran SSM, sijil yang original tau.. yang mse uoll register nama bisnes dulu. And jangan lupa  untuk fotostat smua lampiran. Pliss alert ya. mende ni wajib dibawa dan jangan tertinggal
  2. Lepastu Uoll kne bwak IC. Make sure cip IC berfungsi tau. And jangan lupa bawak salinan IC korang jgak sbb nnti pihak bank mntak dgn korng. 
  3. And last sekali korang kne bwk COP bisnes korang. Pastikan korang buat COP dlu tau. Make sure COP korang tu yang berbentuk ulat lagi okay. Tapi korang kne ingat, stiap bank lain2.. Contohnya klau bank CIMB dia nak COP lengkap dengan nama bisnes dengan alamat bisnes skali. So korang disarankan buat dua2 COP sekaligus.

Apa yang diperlukan

  1. Ada Duit RM1,000.00 (satu ribu untuk bukak akaun syarikat). Tapi ianya tidak dibayar semasa pendaftaran. Untuk CIMB, RM1K ni akan dimasukkan setelah pengesahan dibuat dan permohonan diluluskan dari Bank Negara dalam masa 5-10 hari bekerja. Pihak CIMB akan call untuk mintak uoll masukkan duit ke dalam nombor Akaun bisnes uoll tu.
Proses Pendaftaran.
  1. Seperti biasa, melangkah masuk ke CIMB yang terdekat dengan penuh keazaman yang pada satu hari nanti akan terukir dibintang nama mu itu sebagai seorang usahawan yang berjaya. Jangan lupa baca Bismillah dan Selawat ke atas Nabi banyak-banyak. Ni kiranya uoll punye first time kan? Belum tau lulus atau tak. Bergantung kepada keadaan financial uoll di pengkalan data Bank Negara.
  2. Lepas dah ambik nombor, sila la tunggu. Ada juga sesetengah CIMB ni, kalau kita nak bukak akaun syarikat, mereka akan “serve” kita kat kaunter special. Itu kira stended tu. Welllll.. layanan mesti lain. Uoll sekarang ni selangkah menjadi Usahawan Bumiputera kan??? Dapat merasakan specialitinya di situ 😆
  3. Dalam urusan ni, uoll akan diminta untuk isi borang permohonan dan sebagainya. Ikut je arahan yang diberikan oleh pegawai CIMB tu. Nanti dalam masa pengisian borang ni, juga tiada sebarang masalah, mereka akan minta COP bisnes uoll (peribadi), untuk di STAMP kat borang permohonan tu.
  4. Syarat baru , selepas mengisi borang dan didapati tiada sebarang masalah fizikal semasa permohonan, borang permohonan anda akan diproses selama 5 hingga ke 10 hari bekerja. Dalam tempoh ni, banyak-banyak la bersabar. Ni semua sebab pihak CIMB perlu semak semua “money flow” Uoll dari Bank Negara.
  5. Kemudian Uolls tunggu la sehingga dipanggil kelak. I punye process, ngam-ngam 10 hari bekerja.

Panggilan telefon dari Pihak CIMB:
  1. Sekiranya tiada sebarang masalah sebagai contoh Blacklist ke.. nanti pihak CIMB akan hubungi uoll semula. Katakan selepas 10 hari bari dapat panggilan telefon, uoll akan diminta untuk memasukkan sejumlah wang RM1,000.00 ke dalam akaun bisnes yang kita register tu la. Nombor akaun sila catit masa dia buat panggilan ye.
  2. Atau kalau rasa sangsi dengan panggilan tu, I sarankan Uolls pergi terus ke cawangan CIMB yang Uolls mendaftar tu. Berurusan di kaunter seperti biasa. Cakap kat kaunter nak setelkan urusan bukak akaun bisnes untuk bankin duit. Nanti diaorang tau la. 
  3. Sesudah tu, Uolls akan diberi masa dua hingga tiga hari bekerja untuk pihak CIMB print-kan buku cheque. Masa uolls bankin tadi, sila tanye siap-siap bila boleh ambik buku cheque. Kalau tak nanti…Uolls nak dua-tiga kali plak ulang ke bank tu.
  4. Katakan 2 hari berikutnya, buku cheque uoll dah siap, boleh amik buku dan terus je bagi tau kat kaunter yang menguruskan uolls tu, cakap U nak buat kad ATM. Mudah kot kalau dah ade kad ATM. 
  5. Sebelum langkah ke 4 ni, sebenarnya I nak pesan sekali lagi, yang Uollperlu bawak COP bisnes uoll dan jugak semua Certificate dari SSM tu. Jangan tertinggal plak. Lepas tu, baru boleh apply KAD ATM.
  6. Dah ade kad ATM dah tu? Tak pandai-pandai lagi? Kat luar tu kan ade mesen ATM, Uolls pergi la daftar CIMB-Clicks. Memudahkan urusan perbankan online kotttt.

No comments:

Post a Comment