Thursday 16 January 2020

APA ITU PERAKAUNAN

Haaa!! semalam kita dah citer pasal akaun semasa so sekarang kita akan mulakan citer pasal apa itu akaun dan kenapa pentingnya akaun kepada perniaga-perniaga dan usahawan-usahawan di luar sana… sooo stay tuned !!!


Firstly, apa itu perakaunan?

Perakaunan merupakan satu aktiviti penyampaian maklumat kewangan sesebuah entiti perniagaan kepada pengguna berkepentingan seperti pemegang saham dan pengurus. Kebiasaannya ia dipersembahkan dalam bentuk penyata kewangan. 

Perakaunan terbahagi kepada 2 cabang asas iaitu;
-Perakaunan kewangan 
-Perakaunan pengurusan

Perakaunan Pengurusan
Perakaunan Kewangan
Perakaunan Pengurusan menyediakan maklumat kepada para pengurus syarikat atau hak dalaman syarikat yang merancang, menyusun, memimpin dan mengawal operasi
Perakauan kewangan menyediakan maklumat kepada pihak luar syarikat seperti pembekal, pelabur, pelanggan, bank dan agensi kerajaan


Tujuan perakaunan diwujudkan adalah untuk memastikan ketepatan kewangan yang berguna untuk pengurus, penguatkuasa korporat dan pemegang-pemegang berkepentingan yang lain. Penyimpanan rekod harian yang terlibat dalam proses ini dikenali sebagai simpan kira. Sistem catatan bergu merupakan unsur terpenting bagi perakaunan kewangan moden. Sistem ini melibatkan kemasukan sekurang-kurangnya dua catatan bagi setiap transaksi yang dibuat dalam aliran perniagaan. Jumlah kesemua catatan debit mestilah sentiasa menyamai jumlah kesemua catatan kredit. Ini adalah bagi memudahkan penyemakan kesilapan dalam akaun.
Kepentingan Akaun Dalam Perniagaan ?
Membina sebuah perniagaan yang menguntungkan bukanlah suatu yang berlaku secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata tetapi ianya memerlukan perancangan serta kaedah penyediaan rekod kewangan yang sistematik untuk membantu usahawan memantau pendapatan dan perbelanjaan perniagaan.
Sama ada untung atau rugi, sistem perakaunan telah berfungsi sebagai alat pengukuran kecekapan pengurusan sesebuah perniagaan.
Jika kita sebagai usahawan tidak ingin berubah mengikut arus kemodenan, kita akan ketinggalan! Ayuh, mulakan perubahan anda hari ini!

Mengapa sistem akaun penting🤔?
  • Meningkatan daya saing.
  • Kenal pasti kelemahan kewangan
  • Membantu proses audit
  • Memudah perancangan masa depan.

Kepentingan akaun untuk usahawan dan syarikat 

1. Alat Pengukur
-Melalui laporan-laporan perakaunan seperti BALANCE SHEET,INCOME STATEMENT dan CASHFLOW STATEMENT kita akan mendapatkan gambaran sebenar tahap prestasi syarikat dan perniagaan

2. Cukai dan Audit
-Semua rekod-rekod perakaunan syarikat perlu disimpan selama 7 tahun perakaunan. Ianya juga diperlukan bagi memudahkan urusan pengiraan cukai dan pengauditan

3. Dokumen Penting Bagi Mendapatkan Kelulusan Pinjaman
-Akaun yang lengkap merupakan dokumen utama yang akan diminta oleh pegawai bank apabila kita ingin membuat pinjaman daripada mana-mana institusi perbankan atau agensi lain seperti MARA, TEKUN, SEDIA, PNB dan sebagainya

4. Perancangan Masa Depan
-Contohnya jika seorang usahawan ingin mengeluarkan produk baru, maka rekod-rekod lampau kos-kos yang terlibat perlu dirujuk bagi mendapatkan gambaran kos yang terlibat

So.. itu saja untuk hari ini. Kalau uoll nak tahu lebih lagi pasal perakaunan jangan lupa kita jumpa minggu depan kkk !!! SO BYE !




No comments:

Post a Comment