Monday 20 January 2020

DOKUMEN PERNIAGAAN

Welcome back peeps!
Wishing you a niceuuu Monday ~
Harini Ioulls nak bercerita tentang *drumroll please* haaaa baca apatu tajuk kitaa.. ehehe xD
OK untuk pengetahuan uols dokumen perniagaan ada banyak jenis tau dan penting juga dalam sesebuah perniagaan.. Haa meh ioulls nak share untuk uols semuaaaaa..


Jenis dan Fungsi Dokumen Perniagaan :

Borang Pesanan
·  Dihantar oleh pembeli kepada penjual untuk membuat pesanan.
·  Transaksi ini tidak dicatat dalam mana-mana buku perakaunan perniagaan.



Invois
·  Digunakan dalam urusniaga jualan dan belian kredit.
·   Direkodkan dalan Jurnal Jualan dan Jurnal Belian.
·   Terdapat butiran penting seperti :
-          Angkutan dibayar - Penjual menanggung kos pengangkutan.
-          Diskaun niaga - Potongan diberi dalam harga senarai jika belian dalam kuantiti yang banyak.
-          Diskaun tunai - Potongan daripada jumlah bayaran jika dibuat dalam tempoh tertentu (segera).
-          K & K diK - Sebarang kesilapan atau ketinggalan hanya boleh dibetulkan oleh penjual melalui nota debit dan nota kredit.



Nota Debit
·   Dokumen dihantar penjual kepada pembeli.
·  Menambah bayaran yang terkurang caj dalam invois asal.
·    Direkodkan dalam Jurnal Jualan jika nota debit salinan dan Jurnal Belian jika nota debit asal.
·   Invois tambahan yang akan menambahkan hutang pembeli kepada penjual.
·    Sebab invois terkurang caj :
-          Catatan tertinggal dalam invois.
-          Kesilapan pengiraan.
-          Faedah dikenakan kerana pembeli lewat menjelaskan bayaran.


Nota Kredit
·  Dokumen yang dihantar penjual kepada pembeli.
·   Mengurangkan jumlah hutang yang dibayar.
·   Nota Kredit asal direodkan dalam Jurnal Pulangan Belian manakala Nota Kredit salinan direkodkan dalam Jurnal Pulangan Jualan.
·     Sebab mengurangkan jumlah hutang :
-          Pembeli memulangkan bekas kosong yang dicaj dalam invois.
-          Pembeli memulangkan barangan yang rosak atau tersalah.
-          Berlaku pengiraan dalam invois yang terlebih kira.
-          Elaun atau komisen diberikan kepada pembeli.


Penyata Akaun
·  Senarai semakan untuk mengingatkan penghutang tentang bayaran hutangnya.
·   Menunjukkan urusniaga yang berlaku antara pembeli dan penjual bagi bulan berkenaan.



Cek
·   Kaedah pembayaran yang selamat kerana risiko kecurian dan penyelewengan dapat diatasi.
·     Direkod dalam Jurnal Pembayaran Tunai / Buku Tunai.


Keratan Cek
·   Dokumen rujukan yang menunjukkan pembayaran dilakukan menggunakan cek.
·    Direkod dalam Jurnal Pembayaran Tunai / Buku Tunai.



Resit
·   Dikeluarkan sebagai bukti akuan penerimaan tunai / cek.
·    Resit asal menunjukkan peniaga telah membuat pembayaran manakala resit salinan adalah bukti peniaga menerima bayaran.
·     Direkod dalam Jurnal Penerimaan dan Pembayaran Tunai / Buku Tunai.



Slip Bank
·   Bukti peniaga membuat penyimpanan wang tunai / cek.
·    Slip asal adalah simpanan bank manakala salinan adalah untuk peniaga sebagai maklumat untuk direkodkan.
·    Direkodkan dalam Jurnal Penerimaan Tunai / Buku Tunai.


No comments:

Post a Comment