Wednesday 29 January 2020

KELEBIHAN AUDIT


Assalamualaikum semua👋 Apa khabar semua hrini? Sihat? klau tak sihat pergi jumpa doktor dan makan ubat tau😘 Okay hrini I nak cerita pasal kelebihan audit..


KELEBIHAN AUDIT


Menemui dan mencegah kesilapan
  • Semasa memeriksa buku, juruaudit mengesan beberapa kesilapan. Terdapat pelbagai jenis kesilapan. Oleh itu, audit sangat berguna dalam mencegah penipuan.

> Menemui dan mencegah penipuan
  • Penipuan ialah kesalahan yang dibuat oleh seseorang dengan sengaja. Oleh itu, audit dapat mengesan penipuan yang berlaku dan auditor boleh beri cadangan untuk elakkan penipuan.

> Pemeriksaan moral
  • Semua pekerja dalam syarikat mengetahui bahawa transaksi kewangan disemak oleh juruaudit. Oleh itu, mereka takut untuk membuat penipuan.

> Pendapat bebas
  • Juruaudit ialah orang luar daripada syarikat. Jadi, pandangan atau pendapat audit tidak dipengaruhi oleh orang lain.

> Melindungi kepentingan pemegang saham
  • Jika syarikat yang mempunyai ramai pemegang saham, pemegang saham bergantung terhadap audit untuk mengekalkan kedudukan syarikat dengan baik dan kepentingan mereka tidak diabaikan.

> Menyemak pengarah
  • Audit membuat pemeriksaan ke atas pengarah untuk langkah berjaga - jaga jika ada penipuan.

Thats it for today.. bye guyss😉


No comments:

Post a Comment