Wednesday 8 January 2020

CARA MEMULAKAN SDN BHD

Hye guyss.. Apa khabar smua hrini?  Smalam kite dh borak cara nak mulakan perniagaan milikan tunggal dengan perkongsian kn? First of all I nk tnye korang pernah dengar tak Sendirian Berhad ( Sdn Bhd)? Apa pula kelebihannya berbanding milikan tunggal dan perkongsian? Mungkin bg korang yang bru nk mulakan perniagaan mesti tengah cari2 maklumat psl perniagaan kan? So harini I nak kongsikan maklumat tentang Sdn Bhd.


Ciri-Ciri untuk Syarikat Sendirian Berhad:
  • Dikawal dibawah  Akta Syarikat 2016.
  • Pengarah Syarikat diperlukan hanya 1 orang pengarah.
  • Dimiliki oleh pemegang saham 2 hingga ke 50 orang sahaja.
  • Pengarah syarikat mempunyai liabiliti yang terhad.
  • Pemegang saham yang mempunyai 51% atau lebih daripada jumlah saham syarikat mempunyai hak untuk mengurus syarikat tersebut.
  • Saham syarikat boleh dijual beli tetapi tidak boleh dijual di pasaran yang terbuka.
  • Saham syarikat tidak boleh dipasarkan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Sesiapa yang plan nak mulakan perniagaan Sdn Bhd, korang boleh ikut langkah2 dkt bawah ni :-

1.  Melantik setiausaha syarikat. - Setiausaha Syarikat yang bertauliah boleh samada Ahli Badan Profesional seperti MIA, MAICSA, Bar Council dan Licensed Secretary yang diperoleh daripada SSM.

2. Sediakan maklumat tertentu. - Korang perlu fikir-fikirkan
  • Cadangan nama syarikat.
  • Aktiviti perniagaan yang bakal dijalankan (maksimum 3 aktiviti).
  • Akaun bank yang akan dibuka (Nama Bank dan Alamat Bank.
      3. Sediakan dokumen sokongan. - 
        • Salinan kad pengenalan bakal pengarah.
        • Salinan kad pengenalan bakal pemegang saham.
        • Salinan pasport dan visa (Bagi Warga Asing).
      4. Buat temujanji dengan bakal setiausaha syarikat pilihan anda
      • Sebaiknya korang bersemuka dengan bakal Setiausaha Syarikat untuk memudahkan segala urusan kemudian hari. Setiausaha Syarikat adalah orang penting dan sebahagian daripada keluarga perniagaan yang anda bakal jalankan
      5. Proses penubuhan bermula
      • Setiausaha Syarikat akan memperbadankan syarikat anda selepas carian nama selesai. Tempoh masa  siap biasanya adalah antara 1 hingga 7 hari bekerja. Setelah selesai, SSM akan mengeluarkan dokumen-dokumen penting menurut Akta Syarikat 2016 seperti Seksyen 14, Seksyen 15, Seksyen 17 dan Seksyen 58 yang menggantikan dokumen-dokumen seperti Borang 9, Borang 24, Borang 49 dan sebagainya
      6. Perjalanan perniagaan anda bermula
      • Apabila semua dokumen diterima daripada Setiusaha Syarikat, korang bolehlah membuka akaun semasa dimana- mana bank.
      • Jangan lupa untuk bina hubungan baik dengan Setiausaha Syarikat anda dengan berkongsi info-info terkini berkenaan pematuhan dan undang-undang syarikat.
      *Kalau korang perlukan bantuan untuk memulakan Sdn Bhd dan memerlukan nasihat Setiausaha Syarikat, korang boleh hubungi kami (Accounting Firm@POLISAS) di :-

      No tel : 011- 15257900
      Email : azie@sahabat.my


      GOODLUCK GUYSS!!👋



      No comments:

      Post a Comment