Friday 10 January 2020

KELEBIHAN SENDIRIAN BERHAD


wasup guys..how your day? happy? sedih? lemau? admin harap hari korg harini ceria gembira bahagia tertawa huuhuuhaahaa seperti hati admin yang bahagia berbunga-bunga kerana hari ini hari jumaat dannnn esookkk cuti !!! so pada hari yang dirahmati ini Iols nak story skit pasal kelebihan Sdn Bhd memandangkan smalam I dah cerita cara untuk tubuhkan Sdn Bhd.


1) LIABILITI TIDAK TERHAD
▶️ Sejenis perniagaan TERHAD dengan MODAL SAHAM
▶️ Sekiranya berlaku penutupan perniagaan MUFLIS, pemilik dan aset mereka akan TERSELAMAT. Yang DISITA hanyalah harta benda syarikat sahaja.

Berbanding ENTERPRISE,
▶️Perniagaan enterprise tidak terpisah daripada pemiliknya
▶️Sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan MUFLIS, pemilik akan turut sama menjadi MUFLIS dan harta benda mereka DISITA


Image may contain: text

2) JANGKA HAYAT
▶️ Pemilikan sesebuah syarikat diwakili dengan jumlah pegangan seseorang individu terhadap saham yang dilaburkan dalam syarikat tersebut
▶️ Saham yang dipegang boleh dipindah milik pada bila-bila masa sahaja
▶️ Syarikat TIDAK sesekali akan TERJEJAS walaupun ada kematian mana-mana seorang daripada pemiliknya
▶️ Kewujudannya adalah berterusan tanpa perlu diperbaharui sampai bila-bila.

Berbanding ENTERPRISE,
▶️ Perniagaan akan TERBUBAR sekiranya berlaku kematian kepada salah seorang pemiliknya


3) LEBIH BERKREDIBILITI DAN DIPERCAYAI
▶️ Diwajibkan melantik seorang :
i) Setiausaha Syarikat
ii) Akauntan secara dalaman ataupun melantik akauntan luar
iii) Juruaudit
▶️ Laporan kewangan syarikat diwajibkan difailkan ke SSM pada SETIAP tahun.
▶️ Penglibatan professional bersama syarikat membuatkan syarikat lebih diyakini oleh pihak ketiga.

Berbanding Enterprise,
▶️ Penyediaan penyata kewangan perlu dibuat untuk mengetahui prestasi perniagaan
▶️ Laporan penyata kewangan boleh dibuat secara dalaman ataupun melantik akauntan luar
▶️ Tetapi, tidak perlu membuat AUDIT dan menfailkan laporan kewangan ke SSM
▶️ Pihak ketiga kurang berkeyakinan untuk memberikan sebarang pinjaman walaupun perniagaan berdaya maju




4) PELBAGAI INSENTIF PENGECUALIAN CUKAI
▶️ Cukai syarikat hanya dikenakan atas keuntungan syarikat manakala untuk cukai pengarah,perlu diisytihar berasingan
▶️ Kadar cukai lebih rendah. Contoh, modal berbayar tidak melebihi RM 2.5 Juta dengan keuntungan RM 500 ribu,kadar cukai 17% ( Tahun tafsiran 2019)
▶️ Pelbagai insentif penjimatan cukai yang ditawarkan oleh kerajaan kepada cukai yang dikenakan

Berbanding Enterprise,
▶️ Cukai Enterprise dikira sebagai cukai pendapatan pemilik perniagaan
▶️ Kadar cukai lebih tinggi. Contoh, keuntungan RM 500 ribu, kadar cukai 25% (Tahun tafsiran 2019)

No comments:

Post a Comment